Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

‘Bayangkan Dunia Tanpa Kondom…’...

SARUNG Getah dalam bentuk produk kondom telah melakukan tugas yang besar kepada manusia...

Laman Web Tawar Teman...

CUBA cakap, barang palsu dan tiruan apa yang tidak ditawarkan di negara China?Malah satu...

46 Saman Ops Kenderaan...

IPOH - Sebanyak 46 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam Operasi Bersepadu Kenderaan...

Tidak Mudah Alih Kesetiaan...

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengakui bukan mudah mengalihkan kesetiaan...

Mydin Terminal 2 Dipecah Masuk, RM250K Lesap

SEREMBAN – Bilik juruwang Pasaraya Mydin di Terminal 2, Era Square di sini dipecah masuk tiga lelaki awal pagi ini dan wang tunai RM250,000 dilarikan, menurut Ketua Polis Daerah Seremban ACP Muhamad Zaki Harun.

Beliau berkata pihak polis menerima laporan mengenai kejadian itu daripada penolong pengurus pasaraya itu pada pukul 7 pagi Ahad.

“Mengikut laporan itu, pengurus bertugas ketika sampai di pasaraya itu mendapati pintu besi stor telah dipotong menggunakan ‘grinder’ serta dinding bilik juruwang telah ditebuk. Apabila diperiksa mendapati wang tunai berjumlah kira-kira RM250,000 telah hilang.

“Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian menunjukkan tiga lelaki (suspek) menggunakan kain untuk menutup muka dan bersarung tangan. Kami akan meneliti rakaman CCTV itu. Kejadian itu dipercayai berlaku pada pukul 1.30 pagi ini,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya siasatan polis di tempat kejadian menemukan beberapa barang seperti pemutar skru, mata ‘grinder’, ‘extension plug’ dan sebatang kayu penyodok yang ditinggalkan suspek.


“Siasatan sedang dijalankan termasuk mengambil keterangan daripada pekerja pasaraya itu yang ada kaitan dengan soal keselamatan dan urusan kewangan. Usaha mengesan suspek sedang dijalankan. Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori