Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Berebut Nak Beli Kasut...

DASHYATNYA tengok video ni, ramai-ramai berebut nak beli kasut terbaharu keluaran jenama popular...

PM Ucap Tahniah Kepada...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada...

Apakah PM Lupa Umum...

DEBARAN.... Genap dua minggu selepas menang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, tarikh 23...

Tony Kena Faham Terlebih...

SIK - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menasihatkan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia,...

PasMa Umum Sokong Pakatan Harapan Dalam PRU

KEPALA BATAS – Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) hari ini mengumumkan pendirian akan menyokong Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum akan datang.

Presidennya Datuk Ir. Phahrolrazi Mohd Zawawi berkata PasMa merupakan pendokong Pakatan Harapan malah PasMa juga memberi kebebasan kepada ahli ahlinya untuk memilih mana-mana parti dalam pakatan itu.

Phahrolrazi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kundor, berkata pihak PasMa tidak akan menyokong parti pembangkang yang bersendirian seperti PAS.

“Tidak timbul isu bermusuh dengan PAS. Kita hanya tidak akan menyokong parti pembangkang yang bersendirian kerana kita berpegang kepada sistem pertandingan dua penjuru di negara ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Konvensyen PasMa Kali Ke-2 di sini hari ini.


Beliau berkata PasMa sentiasa bersedia menyokong dasar dan usaha Pakatan Harapan di negeri-negeri di bawah tadbirannya terutama Pulau Pinang.

Phahrolrazi turut mendesak kepimpinan Kerajaan Negeri Selangor untuk mengambil pendirian yang sama, seperti Kerajaan Pulau Pinang bagi menubuhkan Kerajaan Pakatan Harapan Negeri. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori