Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Tom Cruise Pertaruh Nyawa...

KLIP video baharu Tom Cruise melakukan babak aksi selama 30 minit untuk filem...

Pihak Urus Bencana Diminta...

TELUK INTAN - Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Daerah di Perak diminta bersiap...

Puteri Umno Cadang TNB...

KOTA BHARU - Pergerakan Puteri Umno hari ini mencadangkan supaya Tenaga Nasional Bhd...

Perlu Adakan Kajian Jika...

KOTA KINABALU - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kajian perlu dijalankan...

PAU 2015: Mara Disaran Agih Peluang Niaga Buat Golongan Muda

KUALA LUMPUR – Majlis Amanah Rakyat (Mara) disaran agar memperuntukkan 30 peratus peluang perniagaan di MARA Digital, yang baru memulakan operasi di Menara MARA di sini, kepada golongan muda.

Wakil Puteri Umno Melaka Suzalipah Md Len berkata ini kerana golongan muda yang berminat menceburi bidang perniagaan kini dilihat ketinggalan dan peluang mereka seakan-akan tertutup berikutan diskriminasi umur dan pengalaman.

Mara Digital, yang terletak di aras tiga Menara Mara, menempatkan 38 usahawan Bumiputera dalam bidang IT yang menawarkan semua barangan dan perkhidmatan digital bagi keperluan pengguna.

Suzalipah berkata data Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan pihak berkuasa tempatan juga menunjukkan hanya 30 peratus daripada pemilikan syarikat serta lesen perniagaan diterajui golongan muda.


“Kerajaan perlu mewujudkan peruntukan khas supaya golongan belia mampu bersama-sama terlibat dalam bidang perniagaan,” katanya ketika membahaskan usul ekonomi pada Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri Umno 2015 di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Suzalipah turut meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengambil langkah drastik memperkasakan unit sukarelawannya bagi memantau harga barangan.

Katanya KPDNKK tidak seharusnya menjadikan isu kekurangan petugas sebagai alasan tidak berupaya menangani kerakusan peniaga, sebaliknya perlu memperhebat tindakan termasuk menetapkan harga siling pelbagai jenis barang sebagai panduan setiap masa. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori