Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Sultan Johor Ada Kuasa...

KUALA LUMPUR ā€“ Sultan Johor mempunyai kuasa mutlak untuk melantik menteri besar seperti...

Banjir: 28,032 Mangsa Banjir...

Kuala Lumpur: Jumlah mangsa banjir di lima negeri mencatatkan peningkatan kepada 28,032 orang,...

Najib, Rosmah Mohon Periksa...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin...

Nora Danish, Nedim Nazri...

BARU-baru ini memang ada desas-desus menyatakan pelakon jelita, Nora Danish bakal mendirikan rumah...

PAU 2015: Najib Tuntut Kesetiaan & Bukannya Berkonfrontasi

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini ‘menuntut’ anggota dan pemimpin kanan UMNO supaya setia serta taat kepada kepimpinan demi keutuhan dan perpaduan, bukannya bertindak berkonfrontasi yang boleh memincangkan parti itu.

Bagi Presiden UMNO, ‘tuntutan’ itu selaras dengan perlembagaan parti melalui fasal 9.8.2 dan 9.8.3, yang menuntut timbalan presiden parti serta naib-naib presiden setia dan membantunya, apatah lagi ketika menghadapi pelbagai tohmahan dan kritikan yang tidak berasas.

Di hadapan 2,654 perwakilan UMNO ketika menyampaikan ucapan dasar pada perhimpunan Agung UMNO 2015, Najib juga menekankan bahawa ahli-ahli UMNO juga perlu memegang teguh prinsip itu serta menyokong dasar-dasar parti.

“Tetapi bagi saya, ‘I am a gentleman’, apa-apa kekusutan pun, marilah berjumpa, duduk berbincang, kita selesaikan melalui saluran yang betul,” kata Najib.

Ucapan dasar itu disampaikan di hadapan pemimpin-pemimpin kanan UMNO termasuk Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Naib Presiden Datuk Seri Shafie Apdal dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang lantang mengkritik kepimpinannya kebelakangan ini.

Para perwakilan turut melaungkan sokongan ‘Hidup Najib!’ sepanjang ucapan itu, manakala tiga pengkritik kepimpinannya itu dilihat tidak memberi sebarang reaksi.

“Semua orang tahu, Najib Razak ini… Saya, seorang yang tidak ‘confrontational‘… Saya juga tidak pernah menjatuhkan sesiapa, apatah lagi untuk mengkhianati parti UMNO tercinta ini,” katanya.

Najib turut mengimbas kembali kesetiaannya kepada kepimpinan UMNO sebelum ini terutamanya semasa UMNO mengalami krisis pada 1987 ketika di bawah kepimpinan Dr Mahathir.

“Saya jugalah pada tahun 1987, di persimpangan getir untuk menyebelahi pucuk pimpinan UMNO pada masa itu, telah dengan penuh kasih dan hormatnya, tetap memilih untuk taat dan bersetia, kepada kepimpinan Tun Dr. Mahathir, dalam mempertahankan kedudukannya ketika itu, sebagai presiden UMNO, sekali gus mengekalkan dirinya sebagai perdana menteri,” katanya.

Malah, Najib berkata hukum kesetiaan juga disebut berulang kali dalam al-Quran dan hadis, antaranya melalui surah An-Nisa’, tentang tuntutan ketaatan kepada Ulil Amri.


“Dalam Islam, berasaskan nas dan matan hadis yang sahih, jumhur ulama, berpegang kepada pandangan dan nilai kesetiaan serta ketaatan, yang disebut sebagai wala’, yang bererti memberi taat, kecintaan, setia dan kasih sayang kepada pemimpin dan institusi kepimpinan itu,” katanya.

Justeru, Najib menegaskan bahawa semua anggota UMNO tidak memisahkan prinsip kepemimpinan dan kepengikutan, yang sebenarnya bersifat saling berkait antara satu dengan yang lain.

Kebelakangan ini, Najib lantang dikritik dalam isu-isu yang menyentuh syarikat 1Malaysia Development Berhad (IMDB), dana RM2.6 bilion dalam akaun peribadi beliau dan hal-ehwal UMNO.

Kritikan itu bukan sahaja daripada pembangkang, malah kepimpinan kanan parti itu sendiri, yang dilihat boleh menjejaskan perpaduan dan keutuhan parti itu.

“Bantulah saya… memacu Malaysia menuju puncak hingga ke mercunya. Biar mati berkalang tanah, perjuangan UMNO tidak akan dibiar musnah.

“Sesungguhnya jua, kesetiaan dan ketaatan bukan sekadar menjadi nilai-nilai utama, malah merupakan sifat, sikap, prinsip dan pegangan yang semestinya berdarah daging dan menunjang dalam diri setiap orang UMNO dari sebawah-bawahnya, hingga kepada pimpinan-pimpinan kanan,” katanya.

Pada akhir ucapannya, seluruh perwakilan bangun bagi menyatakan solidariti mereka kepada kepimpinannya. Dr Mahathir, Muhyiddin dan Shafie dilihat turut akur untuk bangun bersama-sama perwakilan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori