LONDON: Pesalah pedofil, Stuart Hall dibebaskan dari penjara lebih awal berbanding tarikh yang sepatutnya dan secara kebetulan, seminggu menjelang hari jadinya yang ke-86 minggu depan.
Bekas pengacara It’s A Knockout itu dibebaskan daripada penjara Wymott di Leyland, Lancashire selepas menjalani separuh daripada hukuman penjara keduanya untuk kesalahan penderaan seksual kanak-kanak.
Pada Jun 2013, Hall dijatuhi hukuman penjara 15 bulan selepas mengaku melakukan serangan seksual ke atas 13 kanak-kanak perempuan berusia antara 9 dan 17 tahun.
Hall kemudian dihukum penjara lebih dua kali ganda daripada hukuman asal oleh Mahkamah Rayuan England yang memutuskan, hukuman asal adalah ‘tidak mencukupi’ buatnya.
Sebelum mengaku dirinya pedofil, Hall lantang mengatakan dia tidak bersalah kepada pemberita sewaktu berada di mahkamah dan melabelkan dakwaan itu sebagai cubaan merosakkan imejnya, tidak berhati perut, kejam dan palsu.  – MYNEWSHUB.CC
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=CsGF1r70aAM]