PUTRAJAYA – Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Pusat Transformasi Bandar (UTC) seluruh negara akan ditutup selama empat hari mulai 24 Dis ini, demikian menurut jurucakap JPN.
Jurucakap JPN itu memaklumkan penutupan pada 24 dan 25 Dis adalah bersempena sambutan Maulidur Rasul dan Hari Krismas.
Pejabat JPN terbabit akan kembali beroperasi seperti biasa pada 28 Dis (Isnin), katanya hari ini.
Orang ramai yang mempunyai pertanyaan boleh menghubungi pejabat perkhidmatan pelanggan/tetamu, ibu pejabat JPN Putrajaya di talian 03 – 8880 7077 atau e-mel di [email protected]. – BERNAMA