Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Tahniah… Fizz Fairuz Kini...

SETINGGI-TINGGI tahniah diucapkan buat pelakon terkenal, Fizz Fairuz atas pengurniaan Darjah Indera Mahkota...

VIDEO: Rakaman Gadis Terengganu...

ASTAGHFIRULLAH, terkejut besar kami dibuatnya apabila melihat sebuah rakaman video memaparkan sekumpulan gadis...

Saya Terlalu Rindu Anak...

KUALA LUMPUR - 'Tolong jangan pisahkan saya dengan anak-anak.' Begitu permintaan Mohamad Aizad Rosli...

KPM Bincang Kenaikan Gaji...

NIBONG TEBAL  - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam radar perbincangan berhubung saranan menaikkan...

Pekeliling Haram Penjualan Vape Diedar Kepada PBT Johor Minggu Ini

NUSAJAYA – Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini akan menerima surat pekeliling bagi mengharamkan penjualan vape dalam minggu ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Datuk Abd Latif Bandi berkata keputusan untuk melanjutkan pekeliling itu sudah dibincang dan dipersetujui dalam mesyuarat kerajaan negeri semalam.

“Walaupun setiap PBT sudah mengambil maklum tentang arahan yang dikeluarkan baru-baru ini, namun pekeliling akan tetap diedarkan dalam minggu ini.

“Ia bagi memaklumkan pelaksanaan pengharaman vape berkuat kuasa 1 Januari depan di kesemua premis perniagaan di Johor,” kata beliau dalam sidang media di sini hari ini.

Semalam, Latif memberitahu kerajaan negeri kekal dengan keputusan mengharamkan penjualan vape sebagaimana yang dititahkan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar pada 29 Nov.


Menurut beliau, langkah itu diambil setelah mengambil kira kesejahteraan rakyat dalam konteks kesihatan.

Pengharaman penjualan vape di Johor merangkumi peranti dan cecairnya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori