Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Jurujual Maut, Seorang Cedera...

KUALA LUMPUR - Seorang jurujual di Keramat maut manakala rakannya cedera ringan dalam...

Lawak, Apabila Permaisuri Disangka...

TAK dinafikan nama pengasas produk kecantikan Vida Beauty Sdn. Bhd., Datuk Seri Dr....

Tak Takut.. Komen Rafizi...

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli dalam nada...

Hukum Wanita Uzur Makan...

Beberapa tahun lepas, Mynewshub melaporkan kisah seorang netizen bernama Mrym Lee mendedahkan dirinya...

Pekerja Kilang Maut Kereta Bertembung Lori Simen

KUALA PILAH – Seorang pekerja kilang maut setelah kereta yang dipandunya bertembung dengan lori simen di Terachi, dekat sini awal pagi tadi.

Ketua Polis daerah Kuala Pilah Supt Luqman Abd Rahman berkata dalam kejadian pada 7 pagi itu, Nurul Fitri Baharudin, 23, dari Tanjung Ipoh, dekat sini cuba memotong sebuah kenderaan di hadapannya, tetapi gagal.

“Mangsa yang tidak sempat kembali ke laluan asal dilanggar sebuah lori simen di laluan bertentangan.

“Pelanggaran tersebut mengakibatkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Pemandu lori simen tersebut, bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mayat dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah di sini dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]W_xz-gEgNYM[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori