Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Kerajaan Tak Benarkan Kenaikan...

PUTRAJAYA : Kerajaan tidak akan membenarkan kenaikan tarif elektrik yang boleh menjejaskan rakyat, kata Datuk...

Norzizi Habis PhD Demi...

DALAM keadaan bapa sedang sakit, pelakon dan pengarah Norzizi Zulkifli tetap gigih meneruskan...

DUKE Fasa 2 Dibuka...

KUALA LUMPUR - Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) Fasa 2 yang menghubungkan Jalan Tun...

Kes Bafia: Rafizi Ramli...

SHAH ALAM - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli dijatuhi...

Pelajar Tingkatan 3 Maut Motosikal Dilanggar Kelisa

BESUT – Seorang pelajar tingkatan tiga maut apabila motosikal yang ditunggangi bersama adiknya dilanggar dari belakang oleh kereta Kelisa di Jalan Kampung Raja-Tembila, dekat Kampung Gong Medang di sini, lewat petang semalam.

Dalam kejadian pada 5.30 petang itu, Nurul Syamimi Mohd Asri, 15, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tembila, menunggang bersama-sama adiknya Nurul Syazwani Najihah, 7, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Adiknya, pelajar darjah satu Sekolah Kebangsaan Tembila hanya cedera ringan di tangan.

Ketua Polis Daerah Besut, Superitendan Khaled Che Lah berkata, ketika kejadian Nurul Syamimi dan adiknya tidak memakai topi keledar sedang dalam perjalanan ke sebuah kedai runcit.

“Mangsa dipercayai dari arah Kampung Raja telah membelok secara tiba-tiba untuk ke sebuah kedai runcit sebelum dirempuh Perodua Kelisa dari arah sama,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.


Menurut Khaled, kereta yang dipandu Syaiful Bahri Salleh, 21, gagal mengelak motosikal berkenaan yang berada terlalu hampir.

Mayat dibawa ke Hospital Besut manakala adiknya menerima rawatan di hospital sama. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori