Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

THM: Gaji, Emolumen Agong...

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V memperkenankan supaya peruntukan gaji dan emolumen baginda...

Juruteknik Jalani 200 Jam...

KUALA LUMPUR - Gara-gara menunggang motosikal secara melulu sambil membuat aksi 'Superman', seorang...

Kanak-Kanak Maut, Jatuh Dari...

Kota Kinabalu : Kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari...

Anggota UMNO Perlu Berani...

BAGAN SERAI - Semua anggota UMNO khususnya yang berada dalam barisan kepimpinan diminta...

Pelbagai Usaha Dilaksanakan Bagi Hapus Siput Gondang

KANGAR – Kerajaan Perlis melaksanakan pelbagai usaha untuk memusnahkan siput gondang, musuh utama pesawah yang merosakkan pokok padi, kata Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri, Ahmad Bakri Ali.

Katanya Jabatan Pertanian yang diberi tanggungjawab itu turut mendapat kerjasama agensi-agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

“Ancaman siput gondang atau nama saintifiknya ‘pomacea’, cepat membiak dan pantas memusnahkan pokok-pokok padi yang sedang membesar,” kata beliau kepada pemberita di sini, hari ini.

Ahmad Bakri berkata antara usaha tersebut ialah menganjurkan program gotong royong mengutip siput gondang melibatkan pihak-pihak berkepentingan, penduduk tempatan dan anggota Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK).

Katanya program itu akan diperluaskan ke seluruh negeri berikutan usaha yang dibuat di Kampung Paya baru-baru ini membuahkan kesan positif apabila banyak siput gondang dapat dimusnahkan.


Selain itu kaedah biologi menggunakan itik untuk memakan siput gondang bagi mengurangkan populasi hidupan itu turut digunakan, katanya dan menambah kaedah kultura dengan menjadikan kulit nangka dan cempedak sebagai umpan untuk memerangkap siput itu memasuki perangkap turut dilaksanakan.

Ahmad Bakri berkata pesawah-pesawah disyorkan melakukan pembajakan kering pada musim penyediaan sawah agar telur atau anak-anak siput gondang dapat dimusnahkan sebelum ia sempat membiak. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]pSShGQyTIuU[/wpdevart_youtube]

  • Lagi berita berkaitan:
  • siput

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori