Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

JMM Gesa PDRM Segera...

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM)...

Luahan Sayu Kakak Mangsa...

KELMARIN, berita mengenai kematian dua beradik yang terlibat dalam nahas kemalangan jalan raya...

Polis Tahan Tukang Masak...

SUNGAI PETANI - Seorang tukang masak berusia dalam ingkungan 20-an ditahan polis malam...

PAN Tak ‘Backup’ Mat...

KUALA LUMPUR - "Dalam AMANAH (Parti Amanah Negara), kami tidak punyai masa untuk...

Pembangunan Tidak Mampan Punca Banjir Di Pulau Pinang

KUALA LUMPUR – Projek pembangunan yang tidak dirancang dengan baik punca banjir kilat melanda beberapa kawasan di Pulau Pinang baru-baru ini.

President Sahabat Alam Malaysia (SAM), S.M. Mohamed Idris berkata, banjir di Teluk Kumbar, Permatang Damar Laut, Batu Maung dan Bayan Lepas itu menyebabkan kemusnahan harta benda orang ramai.

“SAM menggesa kerajaan Pulau Pinang melaksanakan langkah pencegahan dan penebatan berikutan banjir pada 29 November lalu.

“Paras air menaiki secara mendadak dan menyebabkan banyak harta benda rosak dan musnah,” katanya dalak satu kenyataan media hari ini.

S.M. Mohamed berkata, tinjauan SAM mendapati banjir kilat itu berkemungkinan disebabkan projek menaik taraf jalan raya yang masih belum siap serta beberapa projek pembinaan yang masih dalam proses.

Selain itu, katanya, sistem perparitan di tapak projek di kawasan terlibat juga dilihat kurang memuaskan.


“Projek-projek pembangunan di sini telah menyebabkan pemendakan dan menghalang pengaliran air dalam parit.

“Sistem perparitan yang sedia ada tidak dapat menampung pembangunan pesat meningkatkan risiko banjir kilat pada masa akan datang,” katanya.

Justeru, katanya, SAM kesal kerana tindakan berkesan masih belum diambil oleh kerajaan Pulau Pinang untuk menangani masalah yang berlarutan itu.

“Pembangunan pesat, penambakan laut, pengkonkritan pulau ini dan penebangan pokok di bukit menyumbang kepada pemusnahan alam sekitar Pulau Pinang dan meningkatkan ancaman banjir,” katanya. – Mynewshub.cc

[wpdevart_youtube]niENFFhL_3Y[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori