Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pantau Pendawaian, Penggunaan Alat...

KUANTAN - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengingatkan semua...

Gambar Wanita Bertudung Suka...

SEMALAM, sempena perayaan Thaipusam beberapa keping gambar menunjukkan beberapa orang memegang sepanduk menunjukkan...

Video 2 Beradik Bunuh...

TULAR di laman sosial video dua beradik bunuh diri dengan cara terjun dari...

Bekalan Air Di Selangor...

SHAH ALAM - Gangguan bekalan air terawat di wilayah Petaling, Kuala Langat dan...

Pembantu Tadbir JPJ Mengaku Bersalah Pecah Amanah

KUALA TERENGGANU – Seorang pembantu tadbir di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas kesalahan pecah amanah pada Oktober tahun lepas.

Sahaslina Mat Yazid, 29, didakwa melakukan kesalahan berhubung wang kutipan bayaran lesen kenderaan motor berjumlah RM14,452 di kaunter Bahagian Perlesenan Kenderaan di Aras 1, JPJ Negeri Terengganu di sini pada 8 pagi hingga 5 petang antara 1 Jun dan 15 Okt 2014.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat serta denda.

Hakim Mohd Azhar Othman membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 5 Jan untuk menjatuhkan hukuman.

Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Noorjidah Mohd Jusan manakala Sahaslina tidak diwakili peguam.

Di Mahkamah Majistret di sini, Sahaslina turut didakwa melakukan 25 pertuduhan membabitkan pengubahsuaian tanpa kuasa dengan membatalkan urusniaga lesen kenderaan motor berjumlah RM14,412.


Dia didakwa melakukan kesalahan itu di tempat yang sama antara 1 Jun 2014 dan 29 Okt 2014, dan didakwa mengikut Seksyen 5(1) Akta Jenayah Komputer yang membawa hukuman denda tidak lebih RM100,000 atau penjara maksimum tujuh tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi kesemua kesalahan itu, Majistret Rozianti Mohamed Hanatiah membenarkan ikat jamin sebanyak RM50,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 5 Jan untuk menjatuhkan hukuman.

Pegawai Pendakwa Inspektor Mohd Zainuddin Ghani mewakili pihak pendakwaan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori