Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Sultan Ahmad Shah Canselor...

KUANTAN - Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah hari ini dimasyhurkan sebagai Canselor pertama...

Pembantu Rumah Saksi Pertama...

IPOH - Seorang pembantu rumah yang didakwa dirogol  Exco Kerajaan Negeri Perak, Paul...

Gempa Lombok: 2 Jenazah...

JAKARTA - Jenazah 2 rakyat Malaysia yang terkorban dalam kejadian gempa bumi dan...

Wanita Bertindak Agresif Semasa...

KUALA LUMPUR -- Seorang wanita bertindak agresif dan enggan memberi kerjasama kepada polis semasa ditahan dalam satu sekatan jalan raya (SJR) Op Mabuk di Selangor malam ini.

Pembelian Simulator Golf Hasil Pendapatan Perniagaan, Tidak Guna Sumbangan Jariah

KLANG – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) menafikan dakwaan pihak tertentu bahawa yayasan itu membeli simulator golf menggunakan sumbangan jariah orang ramai.

Ketua Pengarah/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan YaPEIM, Datuk Abibullah Samsudin berkata sebaliknya simulator itu dibeli hasil daripada pendapatan perniagaan yayasan itu.

“Kita tak guna sumber amal jariah (untuk pembelian simulator golf) kerana kita jalankan perniagaan dan ada sumber-sumber kewangan sendiri yang kita gunakan untuk kembangkan perniagaan lain,” katanya kepada pemberita di sini Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyerahkan sumbangan kewangan pendidikan kepada waris lima sekeluarga yang mati lemas di Air Terjun Belukar Bukit, Hulu Terengganu, Sabtu lepas.

Abibullah berkata simulator golf yang kini ditempatkan di bangunan sembilan tingkat milik YaPIEM di Petaling Jaya, dekat sini juga akan dijadikan pusat kecergasan dalaman apabila bangunan itu dinaik taraf kepada hotel bertaraf empat bintang kelak.


Katanya YaPIEM mengambil pendekatan membentuk masyarakat untuk bersukan termasuk golf dan menerusi pembelian simulator itu, permainan tersebut boleh dimain tanpa mengira cuaca kerana ia ditempatkan dalam bangunan.

Pada 17 Dis lepas, Pusat Pemantau dan Pendedahan Maklumat Nasional (NOW) dilapor mempersoal pembelian simulator golf berkenaan dan meminta YaPEIM menjelaskan keperluan memiliki permainan itu yang dilabel sebagai peralatan mewah. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori