Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Persiapan Sebelum Ribut Tiba….Bukan...

BANK Dunia melalui kajian menyeluruh mereka meramalkan kemelesetan ekonomi global hampir pasti berlaku...

Tak Sempat Joli RM2...

SEORANG perompak dan rakannya berputih mata apabila wang rompakan berjumlah RM2,025,475 tidak sempat...

Pengurusan UM Jangan Cuba...

KUALA LUMPUR - Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) mendakwa pengurusan universiti itu cuba...

Hutan Seluas 2.4 Hektar...

LARUT -Hutan seluas 2.4 hektar di Bukit Bintang Hijau, Kampung Baru Basong di Hulu...

Pembimbing Haji Perlu Kuasai Kemahiran Teknologi Terkini

KOTA KINABALU – Pembimbing haji di negara ini perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan selain mahir menggunakan teknologi terkini bagi menyampaikan maklumat tepat dengan cepat dan pantas.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata ini penting kepada semua pembimbing haji dalam mereka berhadapan dengan pelbagai isu disebarkan melalui media sosial.

Beliau berkata pendekatan itu juga adalah selaras dengan peranan pembimbing haji sebagai ‘Duta Tabung Haji’ yang menjadi tempat rujukan untuk mendapatkan penerangan dan penyaluran maklumat tepat kepada jemaah haji.

“Kita menghadapi cabaran besar (iaitu) cabaran fitnah, tohmahan, maklumat di hujung jari tersebar sewenang-wenangnya. Atas sebab itu, apa sahaja yang dibincangkan dalam muzakarah ini perlu disampaikan secara berkesan kepada umat Islam di luar sana,” katanya.

Beliau berkata demikian pada perasmian Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan kali ke-32 musim haji 1437 Hijrah di sini Ahad.

Asyraf Wajdi berkata pembimbing haji perlu memainkan peranan penting dalam memberi kefahaman kepada masyarakat Islam supaya menghormati institusi agama itu yang diberi tanggungjawab dalam menyelenggara serta menguruskan jemaah haji.

Ini kerana, segelintir masyarakat Islam pada masa ini, lebih mempercayai maklumat diperolehi menerusi media sosial berbanding maklumat dikeluarkan institusi agama mahupun fatwa yang diiktiraf, katanya.


Mengambil contoh insiden kebakaran sebuah hotel di Makkah yang kononnya teruk terbakar pada musim haji lepas, beliau berkata, hal itu tersebar pantas dan menjadi viral di media sosial sehingga menimbulkan kebimbangan kepada keluarga para jemaah di tanah air.

Sehubungan itu, Asyraf Wajdi berharap muzakarah tersebut menjadi platform dalam memberi perkongsian pandangan yang bersifat holistik agar dikongsikan oleh para pembimbing haji kepada orang ramai.

“Saya juga berharap para pembimbing haji bertanggungjawab menyampaikan mesej penting yang sahih kepada seluruh rakyat Malaysia selain sebagai ejen membentuk sahsiah dan pemikiran umat Islam dalam konteks yang sebenar,” katanya.

Muzakarah selama empat hari bermula Jumaat dihadiri kira-kira 250 pembimbing haji dari seluruh negara dan termasuk daripada Brunei, Filipina, Thailand dan Kemboja. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori