Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Bajet 2016 Beri Kelebihan...

KUALA NERUS - Tentera Darat Malaysia menyambut baik pembentangan Bajet 2016 yang diumumkan...

Sanggup Korban ‘Merah’ Si...

BACHOK - Seekor lembu sado seberat 1,300kg atau mesra dipanggil ‘Merah’ yang mencecah...

Kerajaan Pertimbang Beri Permit...

MUAR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan sedang mempertimbang untuk...

Ahmad Bashah Berhadapan Calon...

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah akan...

Pembinaan Velodrom Di Dungun Masih Tertangguh

KUALA TERENGGANU – Pembinaan velodrom berbasikal bertaraf antarabangsa di Dungun tertangguh kerana masalah peruntukan kewangan yang berpunca daripada perubahan pelan reka bentuknya, sdiang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu diberitahu.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri, Datuk Rozi Mamat berkata pada peringkat awal kelulusan sebanyak RM2 juta telah diluluskan, namun perubahan pada reka bentuk menyebabkan peruntukan itu tidak mencukupi kerana ia memerlukan peruntukan tambahan yang dianggarkan sebanyak RM8 juta.

“Peruntukan asal dipohon bagi membina sebuah velodrom yang hanya digunakan sebagai tempat sesi latihan kepada pelumba basikal.

“Namun selepas dibuat justifikasi perincian oleh pihak teknikal terutamanya pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan lain-lain, velodrom ini akan dibina lebih berprestij bagi membolehkan kejohanan peringkat negeri mahupun kebangsaan dapat diadakan di situ,” katanya.

Rozi yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN-Telemong berkata demikian pada sesi soal jawab bagi menafikan soalan Alias Harun (PAS-Rantau Abang) bahawa pembinaan velodrom tidak akan diteruskan dan kononnya akan digantikan dengan mini stadium.

Ketika ditemui pemberita di luar sidang DUN, Rozi menjelaskan pembinaan velodrom berkenaan akan tetap diteruskan apabila mendapat kelulusan peruntukan sebanyak RM10 juta oleh kerajaan persekutuan melalui Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kelak.


“KBS telah bersetuju menerusi Menteri Belia dan Sukan (Khairy Jamaluddin Abu Bakar) daripada peruntukan RM2 juta dinaikkan kepada RM10 juta. Apabila melibatkan peruntukan tambahan, kita terpaksa memohon semula kepada pihak MOF (Kementerian Kewangan) untuk disenaraikan dalam Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11).

“Walaupun permohonan yang telah diangkat untuk dimasukkan dalam RMK-11 baru-baru ini tidak disenaraikan, pihak KBS menyatakan peruntukan ini akan diangkat semula dengan justifikasi kuat,” katanya.

Menurut Rozi, beliau sendiri akan berbincang dengan KBS dan jika perlu untuk ke Kementerian Kewangan dan ia tidak menjadi masalah kerana velodrom itu merupakan keperluan semasa serta komitmen kerajaan negeri kepada atlet
berbasikal.

Difahamkan cadangan projek pembinaan velodrom berkenaan dikemukakan sejak 2010. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori