Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Terserah Kepada Polis Jika...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyerahkan kepada pihak...

Netanyahu Isytihar Bukit Golan...

GAMLA, BUKIT GOLAN - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu semalam mengisytiharkan bahawa Israel...

Tiada Tanda Mutasi Pada...

KUALA LUMPUR - Hasil pemantauan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terdapat sedikit peningkatan kes...

Pesawat Peribadi Dinaiki Keluarga...

BEBERAPA ahli keluarga pengasas kumpulan Al-Qaeda, Osama Bin Laden dilaporkan terbunuh selepas pesawat...

Pemilik Tiga Pesawat Parkir Di KLIA Akhirnya Tampil

SEPANG – Pemilik tiga pesawat diparkir di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini yang selama ini ‘hilang’ kini tampil, mendakwa syarikat itu secara asasnya konsisten berhubung dengan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

Ketua Pegawai Eksekutif Swift Air Cargo, Kapten Blue Peterson memberitahu akhbar The Star pada Jumaat bahawa tiga pesawat Boeing 747 yang diiklankan akhbar ini pada 7 Disember lalu memang adalah milik syarikat itu.

Beliau berkata Swift telah menjadi pemilik tiga pesawat tersebut sejak 8 Jun tahun ini.

Parkir Setahun Tak Mahu Ambil Semula: MAHB Bagi Notis 14 Hari

“MAHB tahu perkara ini kerana kita telah mengadakan banyak pertemuan dengan mereka mengenai pesawat berkenaan.

“MAHB atas sebab tertentu yang tidak dapat diduga, enggan mengakui Swift sebagai pemilik pesawat, walaupun kita mempunyai semua dokumen sokongan, termasuk bil penjualan bagi tiga pesawat itu,” dakwanya.

Beliau berkata penjualan pesawat itu kepada Swift Air Cargo telah disaksikan oleh peguam cara, Syed Amir Ibrahim dari firma Syed Ibrahim & Co, semasa dokumen itu ditandatangani di Kuala Lumpur.


Ketika dihubungi, Syed Amir mengesahkan bahawa penjualan pesawat itu kepada Swift telah berlaku.

Kapten Peterson juga mendakwa beliau mempunyai Akuan Berkanun daripada pemilik sebelumnya, diperakui di Hong Kong dengan cop pejabat Konsulat Malaysia di pulau China itu.

“Pelbagai dokumen sokongan, jelas menyatakan bahawa Swift adalah pemilik ketiga-tiga pesawat B747,” kata beliau.

Tambahnya, mesyuarat pertama dengan MAHB dibuat dengan Pengurus Besar Kanan dalam perkhidmatan beroperasi 17 Jun lalu. - mStar

[wpdevart_youtube]EugBolubMTU[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori