Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

MH17:Waris Ketua Pramugari Dakwa...

Ketika persiapan istiadat penghormatan penerimaan jenazah mangsa nahas MH17 yang dijadual berlangsung Jumaat...

Hidup Dirantai Untuk Hilang...

BEIJING - Seorang lelaki di sini sanggup merantai lehernya di loteng dalam usaha...

Blogger Remaja Gurau Beri...

PADAH bergurau tidak kena tempat, seorang blogger remaja mencetuskan kekecohan di China selepas...

560 Bungkus Air Ketum...

KUALA TERENGGANU - Tidak pernah serik! Meskipun sebelum ini pernah dicekup kerana terlibat...

Pemimpin Ajaran Sesat Bersalah Rogol, Pukul Pengikut

LONDON – Seorang pemimpin ajaran sesat Mao didapati bersalah semalam atas dakwaan merogol dan memukul pengikut wanitanya, serta menyeksa dan mengurung anak perempuan sendiri.

Aravindan Balakrishnan, 75 tahun, juga dikenali sebagai Komrad Bala, melayan kejam semua mangsa seperti banduan lebih daripada 30 tahun di beberapa buah rumah di selatan London.

Tertuduh menggunakan seksual serta keganasan fizikal dan mental untuk menguasai pengikut wanita, menukarkan ajaran yang berasaskan Komunis menjadi ajaran peribadi.

Komrad Bala malah turut membuat pengikutnya termasuk dua wanita rakyat Malaysia untuk percaya bahawa beliau adalah tuhan, kata pendakwa tempatan.

Mahkamah Southwark Crown London diberitahu bahawa anak perempuannya sendiri, yang dilahirkan oleh salah seorang pengikutnya, bahkan juga dibuli dan dipukul.


Dia hampir tidak dibenarkan keluar dari rumahnya sendiri dan tidak pernah dibenarkan pergi ke sekolah, bermain dengan rakan-rakan atau berjumpa doktor.

Mangsa hanya mengetahui identiti ibunya ketika berusia 14 tahun selepas wanita itu meninggal dunia.

Balakrishnan, menafikan semua tuduhan tetapi disabitkan atas kekejaman terhadap kanak-kanak dan penahanan salah, serta merogol, menyerang dan menyebabkan kecederaan tubuh badan kepada dua wanita lain, masing-masing berusia 64 tahun. – Reuters/BH ONLINE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori