Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Pemimpin PKR Kata Anggota...

KUALA LUMPUR - Mungkin kerana terlalu ghairah berpolitik, Naib Pengerusi Parti Keadilan Rakyat...

Mahathir Digesa Tinggalkan PH...

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad digesa keluar Pakatan Harapan...

Mesyuarat CWC Sementara MIC...

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC 2009 yang diadakan semalam...

Kenaikan Kes COVID-19 Sudah...

PUTRAJAYA - Jumlah kes harian penularan COVID-19 di Malaysia kini mengikut trend persamaan...

Pemuda Maut Motosikal Terbabas

KOTA TINGGI – Seorang pemuda maut apabila motosikalnya terbabas di Jalan Besar Sungai Rengit-Pengerang berhampiran Kampung Lepau di sini Rabu.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Rahmat Othman berkata kemalangan kira-kira 5.40 petang itu menyebabkan Norazzman Samad, 21, dari Kampung Simon, Teluk Ramunia, Pengerang meninggal dunia di tempat kejadian.

“Norazzman menunggang sendirian motosikal jenis Yamaha 125Z itu dan kemalangan berlaku dalam keadaan hujan,” katanya.

Rahmat berkata motosikal terbabit dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar penghadang jalan di sebelah kiri bahu jalan dari arah Pengerang ke simpang Kota Tinggi-Sungai Rengit.


Beliau berkata mayat Norazzman dihantar ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori