Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Maips Perlu Berperanan Sebagai...

KANGAR - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) perlu berusaha...

Inilah Hotel ‘Syurga’ Buat...

NEGARA-negara seperti Jerman, Mexico, United Kingdom, Sepanyol dan Perancis ada 'syurga' buat si...

Wartawan Ditahan Gara-Gara Berak...

ARIZONA - Gara-gara tidak dapat menahan keinginannya untuk membuang 'hajat', seorang wartawan di...

PTPTN Sasar 100,000 Akaun...

KUALA TERENGGANU - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyasarkan sekurang-kurangnya 100,000 akaun...

Pendaki Sesat Di Gunung Semangkuk Ditemui Selamat

KUANTAN – Seorang pendaki yang dikhuatiri sesat ketika melakukan aktiviti lasak itu di Gunung Semangkuk berhampiran Fraser Hill, Raub ditemui selamat oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) hari ini.

Pegawai Kanan Bomba Zon II Shahrin Yusmar Mat Yusof berkata Ahmad Suffian Jamak, 23, ditemui dalam keletihan di kawasan dikenali sebagai Twin Peak dalam kalangan pendaki kira-kira pukul 9 pagi.

“Operasi membawa turun mangsa sedang dilakukan dan dijangka tiba di tempat mula pendakian pukul 3 petang ini,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Shahrin Yusmar, yang mengetuai operasi SAR, berkata pasukan menyelamat juga berjaya menemui tiga lagi rakan mangsa termasuk seorang remaja wanita pada pukul 4.50 pagi di gunung dengan ketinggian 1,824 meter itu.

Mereka yang berumur antara 16 dan 35 tahun dilaporkan terpisah daripada kumpulan utama dan mangsa semasa dalam perjalanan turun dari gunung itu.

Sebelum itu, Ahmad Suffian bersama 21 pendaki lain dari Kuala Lumpur, iaitu 12 lelaki dan 10 wanita, dilaporkan mula mendaki Gunung Semangkuk pukul 3 pagi pada cuti umum Jumaat lepas.

Bagaimanapun kumpulan itu mula terpecah kepada beberapa kumpulan.


Sebahagian besar berjaya tiba di tempat mula pendakian petang semalam namun sebaik menyedari ada lagi anggota kumpulan itu termasuk mangsa bersama tiga rakannya tidak tiba di situ pada pukul 7 petang semalam, seorang daripada anggota kumpulan itu menghubungi pihak berkuasa untuk mendapatkan bantuan.

Operasi SAR kemudian dilakukan 24 pegawai dan anggota pasukan Bomba dan Penyelamat Raub, Lipis, Genting Highlands, Temerloh, Kuantan dan Bandar Indera Mahkota.

Ia turut dibantu Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam dan orang awam. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]ynX7s_tMN8o[/wpdevart_youtube]

  • Lagi berita berkaitan:
  • Sesat

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori