Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

RoS Tidak Batal DAP...

PUTRAJAYA - Setelah sekian lama 'berdiam', Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) akhirnya mula bersuara...

Penternak Alami Kerugian Akibat...

PETALING JAYA - Hidangan ikan kukus yang menjadi kesukaan rakyat Malaysia akan menjadi...

Rita Tak Peduli Digelar...

DITUDUH menjadi punca kepada masalah rumah tangga pelakon Aqasha, Rita Rudaini memberitahu bahawa...

Mastura Miliki Kelebihan, Mampu...

KUALA KANGSAR - Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen...

Penganggur Dipenjara, Denda Kerana Curi Minuman Keras

KUALA LUMPUR – Akibat mencuri dua tin minuman keras di sebuah pasar raya, seorang penganggur dihukum penjara sehari dan didenda RM800 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Erry Shahriman Nor Aripin menjatuhi hukuman itu ke atas Muhamad Nur Hisyam Tuah, 24, selepas dia mengaku bersalah mencuri dua tin minuman keras yang kesemuanya bernilai RM11.55 di Pasaraya 99, Jalan Sungai Besi, di sini pada pukul 7 petang, 9 Dis lepas.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara tiga bulan sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh juga dikenakan denda.


Ketika rayuan bagi meringankan hukuman, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah menjatuhkan hukuman paling minimum atas alasan dia perlu menjaga ibunya berusia 54 tahun yang menghidap penyakit darah tinggi dan kanser.

Timbalan Pendakwa Raya Najwa Bistamam memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dengan mengambil kira kadar kekerapan jenayah kecurian seperti itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori