Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

‘Kuil Sri Maha Mariamman...

KULIM: Kerajaan Kedah menegaskan ia tidak akan merobohkan mana-mana rumah ibadat di negeri...

Penyebar Video Nadia Bogel...

SUSULAN kes pukul seorang wanita dalam keadaan bogel yang menjadi viral di media...

Kontraktor Didakwa Pandu Berbahaya,...

Sungai Siput : Seorang kontraktor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini...

Petronas Tangguh Keputusan Projek...

VANCOUVER - PETRONAS menangguh keputusannya untuk membina sebuah terminal gas asli cecair (LNG)...

Penganggur Ditahan, Hina Kerabat Diraja Johor Di Facebook

Johor Bahru – Seorang penganggur berusia 37 tahun ditahan pada 3.30 pagi semalam bagi membantu siasatan kes penghinaan keluarga kerabat Diraja Johor menerusi kenyataan yang dimuatnaik di laman sosial Facebook (FB), baru-baru ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, lelaki berkenaan ditahan di kediamannya di Larkin Jaya, Larkin di sini.

Beliau berkata, tangkapan itu susulan daripada aduan diterima oleh pihaknya daripada seorang pengadu lelaki berusia 31 tahun pada 7 Disember lalu.

Menurutnya, aduan berkenaan berkaitan seorang lelaki yang didakwa memuat naik beberapa kenyataan berbaur penghinaan terhadap keluarga kerabat di FB.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1984 dan sekiranya disabit kesalahan boleh dikenakan denda RM2,000 atau penjara tidak melebihi 18 bulan atau kedua-dua sekali,” katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini, sebentar tadi. – myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori