Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

402,333 Rumah Di Hulu...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 402,333 rumah di Hulu Langat dan Kuala Lumpur mengalami...

“Bomba Balik, Jangan Padam...

SHAH ALAM - Sekumpukan orang awam menjerit supaya pasukan bomba pulang dan tidak...

Tubuh RCI Memali Harus...

KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam berkata Suruhanjaya Siasatan...

Tembak Menembak : Polis...

Pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) mengesahkan berlaku kejadian tembak menembak...

Pengarah Syarikat Bebas Tuduhan Pecah Amanah

SHAH ALAM – Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepas dan membebaskan seorang pengarah syarikat menjual kabinet daripada dua tuduhan pecah amanah berjumlah RM20,200 tanpa dipanggil membela diri.

Hakim Zambri Bakar melepaskan Ng Boon Han, 34, daripada kedua-dua pertuduhan berkenaan selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.

Boon Han didakwa melakukan pecah amanah wang kutipan jualan daripada M&J Renovation berjumlah RM14,200 dan wang kutipan jualan daripada J Concept berjumlah RM6,000 di Pejabat Hanlee Cabinet Sdn Bhd, No 5, Jalan PTP, Taman Perindustrian Tasik Perdana, Sepang dekat sini, antara 15 Okt 2014 dan 28 Feb 2015.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum 20 tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.


Seramai enam saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan yang berlangsung sejak April lalu.

Boon Han diwakili peguam Ng Chung Yee sementara Timbalan Pendakwa Raya Mohd Raimi Mohd Ramli hadir bagi pihak pendakwaan. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]id6TZ_JKlzc[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori