LONDON – Pengasas laman sosial Facebook, Mark Zuckerberg mendapat cahaya mata sulung selepas isterinya, Priscilla Chan selamat melahirkan bayi yang dinamakan Max itu.
Jutawan Lembah Silikon itu dan isterinya, berkongsi berita kelahiran bayi itu menerusi kenyataan yang disiarkan menerusi Facebook dengan tajuk `’Surat untuk anak perempuan kami’.
Sempena dengan kehadiran bayi sulung itu, pasangan berkenaan turut mengumumkan hasrat untuk menyumbang sejumlah pendapatan mereka bagi faedah generasi masa depan. Mereka akan menderma sebanyak 99 peratus daripada saham Facebook – yang kini dianggarkan bernilai $45 bilion – kepada yayasan kebajikan baharu, mengikut kenyataan berkenaan.
Dalam surat yang disiarkan menerusi Facebook itu, ia turut memaparkan gambar pasangan Zuckerberg dan isterinya, memegang bayi mereka yang dibalut selimut dengan gambar kartun ulat bulu.
Selimut itu dijual pada harga $50 empat helai. Entri terbaharu itu bagaimanapun tidak menyatakan bila tarikh bayi itu dilahirkan dan nama penuh Max.
Awal tahun ini Zuckerberg mengumumkan Priscilla sedang mengandung anak pertama mereka. – AGENSI
[wpdevart_youtube]1T1YyLBuDc8[/wpdevart_youtube]