Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Lelaki ‘Gila’ Bunuh Wanita,...

NEW YORK - Dasar perangai syaitan, tetap salahkan orang lain walaupun dirinya keji...

SPRM, DBKL Tubuh Pasukan...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur...

Banjir Buruk: 5,679 Mangsa...

KUCHING - Jumlah penduduk terjejas banjir di negeri ini meningkat sedikit kepada 5,679...

Jual MyKad: Mahkamah Tolak...

GEORGETOWN - Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan notis usul difailkan enam individu...

Pengedar Sembunyi Dadah Dalam Mesin Basuh Diberkas

LANGKAWI – Taktik pengedar cuba untuk menyembunyikan heroin di dalam mesin basuh gagal apabila mereka berjaya diberkas Polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Langkawi awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Supt Dr Che Ghazali Che Awang berkata kejayaan itu adalah hasil dari dua serbuan yang dibuat oleh pasukan yang diketuai Inspektor Shaharuddin Shah di kawasan Bukit Malut bermula kira-kira pukul 4.00 pagi.

“Dalam serbuan pertama di sebuah rumah yang tidak bernombor di kawasan itu, pasukan itu telah menangkap dua orang wanita yang masing-masing berumur 23 dan 18 tahun, dan hasil pemeriksaan ke atas mereka pihak polis menemui 383 gram dadah jenis heroin dan lapan gram dadah jenis syabu,” katanya.

Lanjutan dari serbuan pertama itu, polis telah menyerbu sebuah lagi rumah yang berdekatan dan menahan tiga orang lagi wanita, dua daripada mereka warga Thailand berumur antara 19 dan 57 tahun dan seorang lelaki tempatan berumur 25 tahun.

“Hasil pemeriksaan seterusnya polis telah menemui 244 gram dadah jenis heroin yang disembunyikan di dalam sebuah mesin basuh di rumah itu,” katanya.


Che Ghazali berkata kesemua saspek kini ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan.

“Dadah yang dirampas dianggarkan bernilai RM14,000 dan dipercayai telah dibawa masuk ke Langkawi untuk edaran kepada penagih-penagih dadah di sekitar kawasan Bukit Malut,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]kpJOfVoPJhk[/wpdevart_youtube]

  • Lagi berita berkaitan:
  • dadah

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori