Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Sabah Puas Hati Prestasi...

KOTA KINABALU - Kerajaan negeri amat menghargai dan berpuas hati dengan prestasi serta...

Penumpang Maut, Kereta Langgar...

BELURAN - Seorang penumpang sebuah kereta pacuan empat roda maut selepas kereta itu...

Fujifilm Sasar Ganda Perolehan...

SHAH ALAM - Fujifilm (Malaysia) Sdn Bhd menyasar untuk menggandakan perolehannya daripada RM250...

Nuan Nuan Dihantar Balik...

KUALA LUMPUR - Nuan Nuan, anak panda gergasi betina yang dilahirkan di Malaysia,...

Penjawat Awam Dikhuatiri Lemas Di Kg Telok Gong, Melaka

ALOR GAJAH – Seorang penjawat awam dikhuatiri lemas apabila bot yang dinaiki bersama seorang rakannya untuk menjala ikan pecah di perairan Kampung Telok Gong, Masjid Tanah di sini, lewat malam tadi.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa berusia 33 tahun yang bertugas di Rembau, Negeri Sembilan itu masih dijalankan ketika berita ini ditulis manakala rakan beliau sempat menyelamatkan diri dan kini diberikan rawatan di Hospital Alor Gajah di sini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Melaka berkata pasukan itu menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 11.18 malam dan tiba di tempat kejadian pada pukul 11.37 malam.

“Seramai 25 anggota bomba daripada balai bomba Masjid Tanah, Alor Gajah, Tangga Batu dan Jalan Kubu terlibat dalam operasi tersebut bersama anggota daripada agensi lain seperti polis dan JPAM (Jabatan Pertahanan Awam),” katanya kepada Bernama di sini hari ini.


Tinjauan Bernama di kawasan kejadian mendapati anggota bomba dan agensi terlibat sedang giat menjalankan operasi mencari dan menyelamat serta turut kelihatan sebuah bot berwarna biru muda dipercayai digunakan mangsa didapati pecah di bahagian hadapan. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]OqYMxyRzk1Q[/wpdevart_youtube]

  • Lagi berita berkaitan:
  • lemas

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori