Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Dakwaan Bawa Masuk 1.5...

PUTRAJAYA - Tanggapan bahawa 1.5 juta pekerja Bangladesh akan dibawa masuk ke negara...

Bekalan Mangsa Banjir Di...

KUALA BERANG - Bekalan makanan yang diagihkan ke pusat pemindahan untuk mangsa banjir...

Lebih 80% Ruang Pejabat...

ISKANDAR PUTERI - Lebih 80 peratus daripada ruang pejabat di bangunan pejabat premium...

Kawasan Butterworth Dilanda Banjir...

BUTTERWORTH - Hujan lebat awal pagi tadi menyebabkan beberapa kawasan dan rumah penduduk...

Penyelia Kilang Maut Dalam Kemalangan Babit 4 Kenderaan

REMBAU – Seorang penyelia kilang maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di KM 242.6 Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara), di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Rembau DSP Ibrahim Sharif berkata penunggang motosikal, Hallary Anak Andrew Bujang, 23, yang beralamat di Kampung Jagoi Stass, Bau, Sarawak, maut di tempat kejadian.

Beliau berkata dalam kemalangan yang berlaku kira-kira pukul 8.15 malam itu, motosikal jenis Honda Future yang ditunggangi Hallary merempuh bahagian belakang sebuah Proton Iswara yang berada di lorong kecemasan.

“Rempuhan itu mengakibatkan mangsa tercampak ke laluan tengah lebuh raya sebelum dirempuh oleh sebuah lori jenis Hino Euro.

“Motosikal mangsa pula tercampak ke lorong paling kanan dan dilanggar oleh sebuah kereta lain jenis Volkswagen,” katanya.


Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tampin dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]GTKv0FBCBqA[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori