Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Najib ‘Dominasi’ Taklimat Khas...

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendominasi Taklimat Khas...

11 Perkara Semua Orang...

Kebanyakkan perokok sanggup membakar wang ringgit mereka demi membeli sekotak rokok yang harganya...

Sibuk Penggambaran, Emma Maembong...

DEK kerana sibuk menjalani penggambaran, aktres jelita Emma Maembong mendedahkan dia tidak berkesempatan...

‘Melayu’ DAP Zairil Khir...

KUALA LUMPUR - Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Zairil Khir Johari mendakwa Fatwa...

Perak Minta Kerajaan Persekutuan Buat Keputusan Rasmi Isu Vape

IPOH – Kerajaan Perak meminta kerajaan persekutuan membuat penegasan atau keputusan rasmi berkaitan isu rokok elektronik atau vape bagi diselaraskan dari segi penggunaannya di seluruh negara.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata kerajaan negeri bersedia mengguna pakai keputusan kerajaan persekutuan berhubung isu berkenaan.

“Kerajaan negeri membuat keputusan untuk mendapatkan penegasan daripada kerajaan persekutuan mengenai penggunaan vape ini,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Beliau berkata kerajaan persekutuan perlu membuat keputusan secara rasmi bagi mengelak spekulasi mahupun kontroversi terhadap penggunaan vape.

“Saya meminta kerajaan persekutuan membuat peraturan ke atas perkara-perkara seperti vape, rokok dan lain-lain. Ia perlu dibuat keputusan secara rasmi.

“Kita tidak boleh membiarkan media dan orang ramai terus membuat spekulasi dengan memberi pandangan berbeza dan menjuruskan masyarakat kita kepada perbahasan yang tidak bermanfaat.

“Saya lebih suka ia dilihat dalam konteks lebih luas dan dibuat satu polisi serta keputusan yang jelas. Kalau semata-mata saya nak melihat dan mendengar satu memberi pandangan lain, satu lagi memberi pandangan lain, saya fikir itu tidak adil,” katanya.

Selain itu, Zambry berkata kerajaan negeri juga mengambil kira nasihat atau pandangan daripada pihak berkaitan, termasuk Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria berhubung isu vape itu.


“Kesan-kesan sepertimana laporan dikemukakan Kementerian Kesihatan juga diambil kira,” katanya.

Terdahulu, Zambry menyaksikan majlis memeterai perjanjian pembangunan dan pengurusan ladang tanah mukim Pulau Kamiri daerah Kuala Kangsar, antara Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (Kuisas) dan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP).

Perjanjian itu ditandatangani Rektor Kuisas Tan Sri Prof Dr Nordin Kardi dan Ketua Pegawai Eksekutif PPPNP Datuk Ahmad Rizal Abdul Rahman.

Kerjasama selama 50 tahun antara kedua-dua pihak itu melibatkan 10 lot tanah pajakan negeri berkeluasan 2,200 hektar yang merupakan milik berdaftar Kuisas.

Pada 2014, Kuisas menawarkan PPPNP untuk menjalankan kerja-kerja pemulihan, penyeliaan dan pengurusan di tanah tersebut.

PPPNP bersetuju dengan tawaran itu dan melantik anak syarikatnya, Perak Agro Plantation Management Sdn Bhd sebagai ejen pengurusan untuk membangunkan tanah berkenaan dan menjalankan kerja perladangan serta penanaman kelapa sawit. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]JYRZg7ThfCo[/wpdevart_youtube]

  • Lagi berita berkaitan:
  • vape

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori