Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Insiden Hanya Diperbesarkan Jika...

KUALA LUMPUR - "Kalau ia terjadi di negeri lain, tiada pun perkara ini...

MOA, KPDNHEP Cari Mekanisme...

SINTOK - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) akan mencari satu mekanisme...

“Wenger In” Atau “Wenger...

ARSENE Wenger menghadiahkan Piala FA pada musim ini ketika penyokong Arsenal heboh mahu...

Kalah Saman Kosmo!, Shila...

PENYANYI terkenal Shila Amzah gagal dalam tuntutannya setelah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam...

Perhebat Di Kem Sungai Buloh Dipindah Dalam Tempoh Tiga Tahun

SUNGAI BULOH – Pusat latihan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat) serta unit-unit Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kem Tentera Sungai Buloh akan dipindahkan ke lokasi baharu di Rawang dalam tempoh tiga tahun.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pemindahan ini bertujuan menyediakan infrastruktur lebih baik dan perkhidmatan berkualiti kepada veteran ATM.

“Ini adalah pengiktirafan besar kepada Perhebat agar usaha yang giat dilaksana mereka dapat diperkasa dan diperluas,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Konvokesyen Perhebat Siri 2/2015 di Kem Sungai Buloh di sini, Khamis.

Hishammuddin berkata lawatan tapak baharu Perhebat akan diadakan dalam masa terdekat.


Perhebat adalah milik penuh Lembaga Tabung Angkatan Tentera.

Terdahulu Hishammuddin menyampaikan Diploma Eksekutif Pengurusan dan Sijil Kemahiran kepada 729 graduan Perhebat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori