Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

T’ganu Sedia 521 Pusat...

KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri Terengganu menyediakan 521 pusat pemindahan yang mampu menempatkan...

2 NGO Buat Lapor...

KUALA LUMPUR - Dua badan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis...

Lebih 15 Terbunuh Kebakaran...

BAKU - Kebakaran sebuah pangsapuri 15 tingkat di bandar raya ini pada Selasa...

BN Lantik Hishammuddin Sebagai...

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) mengumumkan rombakan struktur kepimpinan dengan melantik Menteri...

Perjanjian Perubahan Iklim Paris Kejayaan Penting – Ban Ki-moon

NEW YORK – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon pada Sabtu mengucapkan tahniah kepada para penandatangan perjanjian Perubahan Iklim Paris yang disifatkannya sebagai “kejayaan penting bagi penduduk dan planet”.

Ban berkata demikian ketika para penandatangan politik dan tetamu pada persidangan PBB mengenai perubahan iklim (COP21) meraikan kejayaan itu dan sesetengah daripada mereka menitiskan air mata gembira, menurut seorang diplomat PBB.

Dalam catatan di twitter sejurus selepas pemeteraian perjanjian itu, Ban berkata perjanjian itu telah menggariskan langkah terhadap usaha pembasmian kemiskinan, peningkatan keamanan dan memastikan kehidupan bermaruah dan pewujudan peluang untuk semua.

Menteri Luar Perancis Laurent Fabius, selaku presiden COP21, mengumumkan kejayaan bersejarah itu yang disambut dengan tepukan gemuruh tetamu yang hadir bagi mengalu-alukan berita gembira itu.

Ini merupakan kejayaan besar sebagai tanda kesepakatan dalam perjanjian itu. Setiap negara di dunia – semua 196 pihak dalam Kerangka Konvensyen mengenai Perubahan Iklim PBB (UNFCCC) – berikrar untuk membendung pengeluaran asap, meningkatkan daya tahan dan bersama-sama mengambil tindakan untuk menangani isu perubahan iklim.

Menegaskan perubahan iklim merupakan antara perkara diberi keutamaan oleh beliau selaku Setiausaha Agung, Ban berkata menerusi perjanjian itu, penduduk berpeluang untuk hidup dalam dunia yang lebih selamat.

“Semua negara bersetuju untuk memastikan kenaikan suhu global adalah di bawah 2 darjah Celsius. Dengan mengambil kira risiko teruknya, anda telah bersetuju untuk berusaha mengehadkan kenaikan suhu kepada 1.5 darjah,” katanya.


Mekanisme semakan turut disediakan supaya, setiap lima tahun, bermula 2018, pihak-pihak dalam perjanjian akan melakukan semakan secara berkala untuk mengetahui sama ada langkah tambahan yang selaras dengan aspek sains, perlu diambil.

Ban turut menegaskan peranan penting yang perlu dimainkan sektor swasta untuk membendung pengeluaran asap.

Mengakhiri kenyataannya, Setiausaha Agung PBB itu berkata semua pihak patut berbangga dengan pemeteraian Perjanjian Paris dan bahawa “kerja bermula esok”.

“Bagi hari ini, tahniah sekali lagi atas hasil kerja yang cemerlang,” katanya. “Mari kita bekerja bersama-sama, dengan komitmen baharu, untuk menjadikan dunia ini lebih baik.” – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori