Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Anita Sarawak Bersara Jadi...

BERITA kehilangan diva popular Malaysia, Anita Sarawak mengejutkan peminat hiburan tempatan apabila dilaporkan...

Pemberian ‘Golden Handshake’ RM2.6...

PETALING JAYA - Tindakan akan diambil sekiranya pembayaran pampasan atau 'golden handshake' bernilai...

Imigresen Tumpas Sindiket Pemalsuan...

PUTRAJAYA - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menumpaskan sindiket pemalsuan dokumen dan cop keselamatan...

‘Komposer Lagu Seluruh Dunia...

PENYANYI serta komposer berpengalaman, Datuk M. Nasir menyifatkan lagu-lagu yang dicipta kebelakangan ini...

24 Jam Teksi Percuma Untuk Ibu Mengandung Mulai 2 Januari

KUALA LUMPUR – Persatuan Pemandu Teksi Makkal Communication Kuala Lumpur akan menyediakan perkhidmatan teksi percuma 24 jam kepada ibu mengandung di sekitar ibu negara bermula 2 Januari depan.

Pengerusi Lembaga Pelesenan Eksais Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk P. Gunaseelan berkata perkhidmatan itu sebagai sebahagian daripada khidmat sosial persatuan itu kepada masyarakat.

Ia bakal memberi faedah dalam menyediakan bantuan pengangkutan, khususnya kepada ibu mengandung yang hampir melahirkan anak, terutama pada lewat malam.

Ke arah itu, beliau berkata persatuan berkenaan menyediakan 50 buah teksi bertujuan membawa golongan berkenaan ke Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Ampang.

“Ini projek pertama seumpamanya di Malaysia. Mereka (Makkal Communication) akan sediakan khidmat teksi percuma kepada ibu mengandung ini sepanjang masa.

“Saya juga alu-alukan persatuan lain untuk ikut langkah ini,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan perkhidmatan teksi percuma itu di sini.


Sementara itu, pemandu teksi, S. Vijayapriya memberitahu Bernama bahawa aplikasi Whatsapp akan diguna pakai bagi menambah baik komunikasi antara pemandu teksi serta penumpang.

“Aplikasi itu (Whatsapp) memudahkan penumpang berkomunikasi dengan pemandu teksi. Kesemua 50 pemandu teksi bagi perkhidmatan percuma itu akan guna Whatsapp, justeru amat bermanfaat bagi golongan wanita,” katanya.

Antara nombor 50 pemandu teksi yang boleh dihubungi pengguna ialah Suriyamurthy (016-3029297), K. Kumar (010-2449577), P. Palaniandy (016-2129439), T. Rajendran (014-7178135), T. Rajan (013-3707417) dan Sharma (017-6705347). – BERNAMA

[wpdevart_youtube]t5kMA2HKtMk[/wpdevart_youtube]

  • Lagi berita berkaitan:
  • Teksi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori