Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pemandu Van MAB Sawan...

PUTRAJAYA – Dua kakitangan Malaysia Airlines Bhd (MAB) cedera selepas van syarikat itu...

GST Mungkin Tidak Naikkan...

KUALA LUMPUR - Ada kemungkinan kadar inflasi tidak meningkat apabila Cukai Barang dan...

Kelasss… Sajat Ke Kelantan...

USAHAWAN terkenal, Nur Sajat sememangnya antara selebriti sensasi yang sentiasa mendapat perhatian umum. Pelbagai...

Serbuan: Penguat Kuasa Jawi...

KUALA LUMPUR - Anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) harus...

Permohonan BR1M 2016 Dibuka Mulai 5 Disember 2015

KUALA LUMPUR – Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2016 akan dibuka mulai 5 Disember sehingga 31 Disember 2015.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, notis dan surat pemakluman lulus atau gagal akan diposkan kepada pemohon mulai minggu terakhir Januari 2016.

“Bayaran bantuan BR1M akan dibuat secara berperingkat mulai 28 Januari 2016. Kerajaan berhasrat pembayaran BR1M tahun 2016 dapat membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat.

“Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 serta email kepada [email protected],” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ahmad Husni bagaimanapun mengingatkan pemohon perlu mengemukakan maklumat peribadi dengan lengkap dan perlu dinyatakan maklumat waris, maklumat akaun bank dan nombor telefon yang boleh dihubungi.

Menurutnya, penerima BR1M 2015 sedia ada pula perlu membuat pengemaskinian maklumat terkini.

Kata beliau, permohonan yang tidak lengkap akan menyebabkan permohonan tidak dapat diproses atau gagal.


Jelasnya, permohonan secara manual dibuat menggunakan borang BR1M 2016 yang diperoleh secara percuma di mana-mana pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Katanya, pemohon boleh juga memuat turun borang permohanan di portal rasmi BR1M di https://ebr1m.hasil.gov.my atau www.treasury.gov.my

“Pemohon perlu menyediakan dokumen tambahan seperti salinan pengenalan waris dan tanggungan, dokumen slip pendapatan atau lain-lain dokumen yang berkait,” katanya.

Tambahnya, permohonan boleh juga dibuat di Portal Rasmi BR1M LHDNM, https://ebr1m.hasil.gov.my.

“Permohonan dalam talian hanya boleh dibuat menggunakan komputer sahaja dan salinan permohonan perlu disimpan bagi tujuan rekod. Aplikasi e-BR1M tidak direka bentuk untuk capaian peranti mudah alih,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

[wpdevart_youtube]FjUdQOS5rKQ[/wpdevart_youtube]

  • Lagi berita berkaitan:
  • BR1M

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori