Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

SPR Putuskan Tiada PRK...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan tiada Pilihan Raya Kecil (PRK) akan...

Perak Terima Teguran Laporan...

IPOH - Kerajaan negeri Perak akan memperbaiki kelemahan yang telah digariskan dalam Laporan...

Nemanja Matic Dedah Sebab...

NEMANJA MATIC mendedahkan sebab dia memilih Manchester United walaupun tidak mempunyai masalah untuk...

Putera Arab Saudi, Pemilik...

HARTAWAN terkenal Arab Saudi, Putera Alwaleed Talal telah menambah pegangan saham bagi menguasai...

Perpaduan Melayu Satu Propaganda Usang – PKR

KUALA LUMPUR – Orang Melayu terutama golongan mudanya tidak lagi mempedulikan retorik perpaduan Melayu yang sering dilaungkan UMNO selama ini.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, golongan muda Melayu kini menyokong pembangkang untuk membina semula Malaysia yang bebas dan adil untuk semua kaum.

“AMK yakin rakyat tidak lagi mudah termakan propaganda perpaduan Melayu yang cuba disampaikan oleh UMNO.

“Meskipun perpaduan adalah sebuah idealisme unggul, ia mestilah atas prinsip keadilan dan kebebasan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Nik Nazmi berkata, UMNO terus memainkan propaganda usang konon kuasa orang Melayu dan Islam kian terhakis walhal bilangan Ahli Parlimen Melayu dan Islam terus bertambah di Parlimen.


Beliau mendakwa, UMNO cuba meyakinkan orang Melayu tanpa UMNO mereka akan hidup susah dan ditindas kononnyaa untuk menyelamatkan parti itu.

“UMNO akan terus mengulang retorik perpaduan Melayu untuk menyelamatkan diri tetapi orang Melayu akan berpadu menolak parti itu,” katanya. – Mynewshub.cc

[wpdevart_youtube]Z9kNcpuAMgA[/wpdevart_youtube]

  • Lagi berita berkaitan:
  • PKR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori