Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Bah Besar Ancam Selatan...

BANJIR besar yang melanda selatan Thailand telah meragut sekurang-kurangnya enam nyawa dan menjelaskan...

Penganjur Baharu Yakin LTdL...

KUALA LUMPUR - Penganjur baharu perlumbaan jelajah berbasikal terunggul Asia, Le Tour de...

Wanita Cipta Alat Pembesar...

Tokyo – Seorang wanita Jepun yang dikenali sebagai "Boob Goddess" berharap dapat menghasilkan...

5,841 Kes Baharu Covid-19...

KUALA LUMPUR - Kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini meningkat kepada 5,841 kes...

Pesawat Tentera Udara Indonesia Jatuh Ketika Pertunjukan Udara

JAKARTA – Sebuah pesawat latihan supersonik milik Tentera Nasional Indonesia Angkatan Udara (TNI AU) jatuh ketika sedang membuat pertunjukan aerobatik di Lapangan Terbang Adi Sucipto di Jogjakarta pagi Ahad.

Dua juruterbang pesawat malang itu disahkan terkorban dalam nahas berkenaan, menurut media-media tempatan yang memetik Ketua Bahagian Penerangan TNI AU, Marsma Dwi Badarmanto sebagai mengesahkannya.

Katanya lagi, dalam kejadian 10 pagi waktu tempatan (11 pagi waktu Malaysia), pesawat T-50 Golden Eagle milik TNI AU jatuh ketika melakukan aksi terbang menjunam rendah dalam pertunjukan Gebyar Dirgantara itu.

Laporan stesen televisyen tempatan Metronews memetik seorang saksi yang dikenali sebagai Wina berkata, beliau terlihat kepulan asap keluar dari pesawat itu sebelum ia terjunam tajam dan jatuh ke bumi.

Ekoran kemalangan tersebut, pertunjukan udara berkenaan dibatalkan serta-merta dan pihak berkuasa Indonesia belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai punca nahas tidak dijangka itu.

Pada perkembangan lain, usaha mencari dan menyelamat 122 penumpang dan anak kapal sebuah feri Marina yang dilaporkan tenggelam di laut Sulawesi pada Sabtu masih giat dijalankan.


Setakat ini, Badan Search And Rescue Nasional (Basarnas) masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung penemuan mangsa feri komersial terbabit.

Menurut laporan Basarnas, feri malang tersebut disahkan karam ketika belayar di perairan Siwa di Sulawesi akibat dipukul ombak dan taufan pada kira-kira pukul 3 petang semalam.

Media tempatan memetik Ketua Basarnas Sulawei Selatan, Roky Asikin sebagai berkata, feri yang diperbuat daripada fiber itu belayar dari Kolaka, Sulawesi Tenggara untuk ke Siwa, daerah Wajo.

Katanya, kesemua penumpang dan anak kapal dipercayai tenggelam bersama-sama feri berkenaan dan pihaknya belum dapat mengesahkan nasib kesemua penumpang dan anak kapal terbabit. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]R-6_y-EVG00[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori