Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

ASP Dipenjara 3 Tahun,...

SHAH ALAM - Seorang pegawai polis berpangkat ASP dihukum penjara tiga tahun dan...

Insentif 2 Bulan Gaji...

JEMPOL - Insentif dua bulan gaji akan diberikan kepada warga kerja Estet Pekebun...

Annuar Dedah Pemimpin UMNO...

PUTRAJAYA - Surat dikeluarkan oleh pemimpin tertinggi UMNO yang menyatakan sokongan terhadap Presiden...

‘Bayar Balik Pinjaman PTPTN...

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata sehingga Mei lalu jumlah pinjaman PTPTN...

PKR Puji Tan Sri Muhyiddin, Tun Mahathir

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) gembira dengan peranan yang dimainkan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan mantan Presiden UMNO, Tun Mahathir Mohamad bagi menggoncang kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar sepatutnya menyertai Muhyiddin dan Mahathir dalam usaha itu berdasarkan ucapan beliau dalam Perhimpunan Agung UMNO hari ini.

“Saya berharap Khairy Jamaluddin berhenti dari cuba meraih simpati rakyat di gelanggang sendiri seperti di Perhimpunan Agung UMNO.

“Jika beliau betul-betul mahu membela rakyat dan ada maruah, beliau sepatutnya meletakkan jawatan dengan kadar segera sebagai bantahan kepada dasar-dasar pentadbiran Najib yang beliau sendiri akui menekan rakyat,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Rafizi berkata, beliau percaya jika Khairy Jamaluddin meletakkan jawatan boleh menggoncang kedudukan Najib selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri.


Menurutnya, Khairy Jamaluddin dalam ucapannya menyebut bahawa beliau sering bersuara di dalam Jemaah Menteri membantah kenaikan harga termasuklah kenaikan tol baru-baru ini.

Katanya, Khairy Jamaluddin turut mengesahkan golongan muda begitu tertekan dengan kenaikan kos sara hidup waktu ini.

“Pun begitu, saya tidak begitu yakin Khairy Jamaluddin akan berani mengambil tindakan-tindakan sebegini,” katanya. – mynewshub.cc

  • Lagi berita berkaitan:
  • PKR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori