Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Shahruddin: Musnahkan Ratusan Senjata...

Oleh: Datuk Akmar Hisham Mokhles MENJADI pegawai muda sering menjadi saat mendebarkan bagi kebanyakan...

Rafizi Tak Masuk Pejabat...

KUALA LUMPUR - Kepakaran Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga Ahli...

Derma ‘Tin Milo’ Pembangkang...

KUALA LUMPUR - Cadangan untuk perkenal Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik tidak harus...

Bainun Gagal Bawa Bella...

Kuala Lumpur : Seorang pegawai penyiasat memberitahu Mahkamah Sesyen di sini, hari ini,...

PKR Talam Dua Muka! – PAS Perak

KUALA LUMPUR – PAS Perak memberi peringatan kepada pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya tidak bersikap `talam dua muka’ berhubung kerjasamanya dengan parti itu.

Yang Dipertua PAS Kuala Kangsar, Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, PKR perlu menyatakan pendirian sebenar mereka terhadap kerjasama politiknya dengan PAS seperti yang sering diwar-warkan pemimpin parti itu.

Tegasnya, PKR perlu memilih sama ada untuk bersama PAS atau Pakatan Harapan kerana PAS di semua peringkat tidak boleh bekerjasama dengan Pakatan Harapan yang turut dianggotai DAP dan Parti Amanah Negara (PAN).

“Bagi kami, tindakan PKR yang seolah-olah ‘makan dua-dua’ telah menjejaskan gerak kerja PAS dalam menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.

“PAS di semua peringkat kini tertanya-tanya apakah hala tuju dan gerak kerja yang perlu dilakukan khususnya di kerusi-kerusi yang ditandingi oleh PKR,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Raja Ahmad berkata, PAS tidak pernah berasa terasa tertekan untuk bergerak sendirian malah bersedia untuk bertanding di semua kerusi termasuk yang selama ini ditandingi PKR.


Namun, katanya, PAS masih sedia bekerjasama dengan semua pihak termasuk PKR walaupun pernah `disakiti’ dan dikhianati parti itu.

Beliau memberi contoh isu onflik Menteri Besar Selangor dan tindakan PKR mencuri beberapa pimpinan seperti Datuk Kamaruddin Jaafar dan Tan Sri Mohd. Muhammad Taib.

“PAS Pusat berfikiran matang untuk menghadapi tekanan ini namun PKR perlu menjaga perasaan ahli PAS yang bertungkus lumus membantu memenangkan calon mereka pada pilihan raya umum lalu,” katanya,

Justeru, beliau mengingatkan PKR hasrat PAS Perak untuk bertanding di semua 59 kerusi DUN dan 24 kerusi Parlimen negeri itu disambut baik seluruh penyokong PAS. – Mynewshub.cc

[wpdevart_youtube]8mYNXd5DkL0[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori