Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Denda 250 Jam Kerja...

DAHSYAT... Seorang tukang cuci didapati telah berjaya mencuri 1,000 helai pakaian dalam wanita...

‘Kepala Bapak’ Buat Dewan...

KUALA LUMPUR - Istilah 'kepala bapak' sekali lagi membawa kepada pertikaman lidah antara...

APMM Sedia Ambil 3...

PUTRAJAYA - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berminat mengambil kerja tiga mangsa culik...

Lelaki Berkopiah Sembah Tokong...

PARIT BUNTAR - Seorang lelaki berkopiah dan berkain pelekat yang menyembah tokong di...

PKR Tetap Teruskan Tahaluf Siyasi Dengan PAS

SHAH ALAM – Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali mengulangi pendirian bahawa parti itu akan tetap meneruskan kerjasama dengan PAS walaupun Parti Amanah Negara (Amanah) menolak kerjasama dengan PAS.

Beliau yang juga Menteri Besar Selangor berkata, PKR menyambut baik penyertaan Amanah dalam Pakatan Harapan tetapi menegaskan bahawa PKR akan tetap meneruskan tahaluf siyasi dengan PAS seperti mana yang diputuskan pucuk kepimpinan parti.

“Kita mengikut ketetapan Majlis Kepimpinan Pusat Keadilan pada 11 Okt lalu iaitu mengukuhkan Pakatan Harapan serta meneruskan kerjasama dan tahaluf siyasi dengan PAS.

“Sekiranya Amanah tidak mahu ada dua gabungan pakatan (pembangkang) dan menolak (untuk bekerjasama dengan) PAS itu adalah keputusan mereka,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan jabatan-jabatan kerajaan negeri di sini, hari ini.

Mohamed Azmin berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad yang menolak dua gabungan pembangkang bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.


Khalid dalam satu sidang media semalam berkata tidak perlu dua pakatan pembangkang berikutan telah tertubuhnya Pakatan Harapan.

Naib Presiden PKR Chua Tian Chang sebelum ini membayangkan dua pakatan pembangkang akan bertanding pada PRU ke-14 memandangkan PAS enggan menyertai Pakatan Harapan yang dianggotai DAP, PKR dan Amanah. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori