Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

43 Pelajar Keracunan Gara-Gara...

TAPAH - Seramai 43 orang pelajar dan seorang guru Sekolah Menengah Sains Tapah...

Dua Klinik Swasta Di...

KLANG - Dua buah klinik swasta di bandar ini diserbu polis petang tadi...

Naomi Campbell Dibidas, Didakwa...

SUPERMODEL Naomi Campbell, yang digelar antara model tercantik di dunia, telah dituduh mengubah...

Kekosongan DUN Lenggeng Dihantar...

SEREMBAN - Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan akan menghantar notis kepada Suruhajaya...

PKS Perlu Tingkatkan Daya Saing Melalui Teknologi Baharu

KUALA LUMPUR – Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) perlu meningkatkan daya saing dan tahap produktiviti mereka melalui penggunaan teknologi baharu, penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta inovasi, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata inisiatif itu untuk menyokong PKS yang telah digariskan oleh Kerajaan Persekutuan melalui peruntukan sebanyak RM2.17 bilion dalam Bajet 2016.

Ahmad Husni berkata matlamat kerajaan ialah mengekalkan saluran pembiayaan, menggalakkan teknologi dan inovasi, mengukuhkan kapasiti eksport dan meningkatkan amalan R&D.

Antara inisiatifnya termasuklah potongan cukai dua kali secara automatik bagi PKS yang menjalankan projek R&D sehingga RM50,000 bagi setiap tahun taksiran dari 2016 hingga 2018, katanya pada majlis Penyampaian Anugerah Pengiktirafan PKS dan Makan Malam Gala 2015 pada Jumaat.

Mengenai prospek ekonomi global yang tidak memberangsangkan, beliau menggesa PKS untuk kekal berdaya tahan dan memanfaatkan inisiatif Kerajaan Persekutuan yang berkaitan.


“Mereka juga perlu bersedia untuk menghadapi realiti ekonomi baharu pada hari ini dan meningkatkan perniagaan mereka serta ekonomi Malaysia.

“Malaysia telah menghadapi ujian besar sebelum ini semasa krisis kewangan Asia 1997/ 1998. Dengan setiap ujian, kita telah menemui keupayaan bukan sahaja untuk bertahan, tetapi untuk berjaya dan menemui banyak peluang di tengah-tengah krisis besar itu,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori