Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

7 Ditahan Pecah Masuk...

KOTA TINGGI - Kegiatan licik sekumpulan tujuh individu yang sering kali memecah masuk...

Lagi Hubungan Sulit Lin...

SELEPAS kisah hubungan sulitnya dengan pelakon dan model Zhao Yaqi terbongkar, kali ini...

PAS Akan Bentang Secepat...

KOTA BAHARU - PAS akan membentangkan secepat mungkin Rang Undang-Undang Persendirian di Parlimen...

Datuk Seri Lemas, Sampan...

KUANTAN - Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri ditemukan lemas, manakala anak saudaranya...

PM Dan Isteri Ziarah Jenazah Tunku Abdul Jalil

JOHOR BAHRU – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Istana Besar, di sini, untuk menziarahi jenazah Almarhum Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim.

Kenderaan rasmi yang membawa Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor memasuki pintu gerbang Istana Besar pada pukul 1 tengah hari.

Penghormatan untuk orang kenamaan bermula sejak pukul 11.30 pagi hingga 12.30 tengah hari pada Ahad.

Jenazah Almarhum Tunku Abdul Jalil disembahyangkan di Istana Besar dan kemudian dimakamkan di Makam Diraja Mahmoodiah di sini, selepas waktu Zohor.

Jenazah Almarhum dibawa menggunakan pedati yang diarak kira-kira 30 Askar Timbalan Setia Johor melalui Jalan Ayer Molek terus ke makam berkenaan sepanjang tiga kilometer.


Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar; Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan anakanda-anakanda baginda yang lain turut mengiringi jenazah Almarhum.

Tunku Abdul Jalil, 25 tahun; mangkat pada pukul 7.11 malam Sabtu di Hospital Sultanah Aminah, di sini, akibat kanser.

Almarhum merupakan anakanda keempat Sultan Ibrahim dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]hFXBkDkPgAE[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori