Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Sering Diejek Hitam, Gadis...

RAMAI anak gadis sekarang mahukan wajah yang putih mulus, flawless tanpa sebarang cela...

18 Lelaki Didakwa Anggotai...

KUALA LUMPUR - Seramai 18 lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas...

Lelaki Israel Tertua Di...

BAITULMAQDIS - Tahun lalu, Guinness World Records mengisytiharkan seorang warga emas yang berasal...

Palestin Dilanda Cuaca Panas...

BAITULMAQDIS -  Awal tahun ini Israel selain dua wilayah Palestin iaitu Tebing Barat...

PM Najib Lancar Unit Dana Bumiputera Pemuda UMNO

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Unit Dana Bumiputera Pemuda UMNO bagi membantu usahawan baharu mendapatkan bantuan kewangan untuk memulakan perniagaan.

Beliau melancarkan unit dana itu pada Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO yang berlangsung di Dewan Tun Dr Ismail Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Dana ini diwujudkan sebagai pemudah cara untuk memadankan perniagaan milik Bumiputera dengan agensi-agensi kerajaan yang menyediakan dana dalam memastikan usahawan mendapat manfaat bantuan dana daripada peruntukan yang disediakan.

Turut hadir pada pelancaran itu ialah Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin dan Naib Ketuanya Khairul Azwan Harun.


Najib yang hadir ke perhimpunan agung Pemuda UMNO ketika perhimpunan sedang berjalan menerima tepukan gemuruh daripada para perwakilan. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]O3G4Z-E69yI[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori