Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Enam Kawasan Di Kuala...

KUALA PILAH – Enam lokasi di daerah Kuala Pilah dikenal pasti berpotensi dilanda...

Tidak Mungkin Nora Anne...

KUALA LUMPUR - Datuk kepada remaja warga Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, yang...

KKLW Peruntuk RM171.4 Juta...

MARANG - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) memperuntuk sebanyak RM171.4 juta...

93 Sekatan Jalan Raya...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 93 sekatan jalan raya (SJR) dilaksana di ibu negara,...

VIDEO: PM Sepanyol Ditumbuk Ketika Berkempen

MADRID – Perdana Menteri Sepanyol, Mariano Rajoy ditumbuk di muka oleh seorang lelaki ketika sedang melakukan kempen pilihan raya di kubu kuatnya di wilayah Galicia, lapor stesen televisyen tempatan yang merakam insiden itu.

Jurucakap Parti Rakyat berkata, Rajoy, 60, tidak mengalami kecederaan tetapi tumbukan itu meninggalkan lebam di wajahnya.

Tumbukan kuat di sebelah kanan muka ketika beliau sedang berjalan di sekitar bandar Pontevedra itu juga menyebabkan cermin matanya terjatuh.

Polis berkata, lelaki yang melakukannya telah pun diberkas. Suspek itu dikatakan berdiri di sebelah Rajoy dan secara tiba-tiba melepaskan penumbuk.

Rajoy bagaimana pun tetap meneruskan agendanya selepas insiden berkenaan, malah memuat naik entri di Twitter menyampaikan penghargaan kepada penyokongnya.


“Saya baik dan kini dalam perjalanan ke satu lagi perhimpunan di Coruna,” kicaunya. – Reuters/BH ONLINE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori