Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Sultan Johor Tiada Pengaruh...

PUTRAJAYA - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar tidak mempunyai pengaruh dalam pelantikan...

Penduduk Orang Asli Diserang...

GUA MUSANG - Kira-kira 120 penduduk membabitkan 30 keluarga Orang Asli suku kaum...

Suami Isteri Maut Beca...

TELUK INTAN - Sepasang suami isteri maut apabila beca yang dinaiki mereka dilanggar...

Senarai Pemain JDT Pada...

KUALA LUMPUR - Johor Darul Takzim (JDT) mengumumkan senarai barisan pemain yang akan...

Polis Beri Amaran Serangan Pengganas Di Thailand

PETALING JAYA – Polis mempertingkatkan amaran dalam negara dan rakyat Malaysia yang berkunjung ke Thailand diminta supaya berwaspada berikutan laporan risikan mengatakan militan Syria merancang untuk mengadakan serangan pengganas di negara jiran itu.

Bukit Aman mempertingkatkan keselamatan di Malaysia terutama lokasi-lokasi yang mempunyai kaitan dengan kepentingan Barat dan Rusia, di mana laporan itu menunjukkan bahawa kawasan itu berkemungkinan menjadi sasaran militan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis tetap memperkukuhkan aspek keselamatan walaupun tiada risikan mengenai serangan seumpamanya dirancang di Malaysia.

“Kita akan memperkukuhkan keselamatan bagi memastikan tiada serangan berlaku di negara ini. Kita juga akan memantau secara dekat kepentingan Rusia di negara ini dan melihat sebarang kemungkinan ancaman,” katanya kepada The Star pada Jumaat.

Khalid mengulas mengenai laporan yang memetik timbalan jurucakap polis Thailand, Jeneral Polis Songpol Wattanachai yang mengesahkan mengenai kewujudan dokumen bocor mengenai maklumat mengenai amaran dalam ancaman serangan pengganas di negara itu.


Walaupun Ketua Polis Negara pada Khamis menolak dakwaan risiko keselamatan di negara ini, sehingga menyebabkan Kejohanan Skuasy Wanita Dunia mungkin menangguhkan penganjurannya, beliau berkata, sebarang laporan mengenai ancaman terbaharu militan Negara Islam (IS) tidak akan diambil ringan.

“Kita sentiasa mengawal. Kita juga akan memantau premis negara-negara Barat,” katanya.

Polis Thailand menerima amaran Perkhidmatan Keselamatan Rusia tentang kemungkinan 10 rakyat Syria yang mempunyai hubungan dengan kumpulan militan DAESH (IS) memasuki Thailand. – mStar Online/The Star Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori