Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

PRU15: Pemimpin UMNO Mula...

KUALA LUMPUR - Pemimpin-pemimpin UMNO mula tiba di Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato'...

RM314.5 Bilion Peruntukan Untuk...

KUALA LUMPUR – Belanjawan 2019, belanjawan pertama di bawah pentadbiran Pakatan Harapan, akan...

Cadangan Ambil Pekerja Asing...

KUALA LUMPUR – Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran menarik balik cadangan membawa...

Kes Saman Anwar Terhadap...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 12 April untuk mendengar kes...

Polis Buru 3 Suspek Kes Tikam Petugas Stesen Televisyen Swasta

KUALA LUMPUR – Polis memburu tiga suspek, termasuk seorang wanita yang disyaki terbabit dalam kes seorang petugas stesen televisyen swasta cedera parah ditikam di sebuah pangsapuri di Jalan Usahawan, Setapak, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata semua suspek yang telah dikenal pasti itu berusia 20 hingga 23 tahun.

“Tiga suspek yang dikenal pasti merupakan seorang suspek utama termasuk teman wanitanya serta rakan kepada suspek utama,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohamad Roy berkata sebelum ini, polis telah menahan dua suspek lelaki pada Sabtu lepas yang kini direman sehingga Rabu ini.

Mengenai keadaan mangsa yang ditikam, Mohamad Roy berkata Ahmad Hawari Zakaria, 32, masih lemah dan kemungkinan polis hanya dapat mengambil keterangannya dalam dua atau tiga hari lagi.


Terdahulu, beliau hadir pada majlis serah terima tugas Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Pada majlis serah terima tugas itu, Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri, Kuala Lumpur Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid dilantik sebagai Komander Pasukan Keselamatan PDRM, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) yang akan memulakan tugasnya pada Rabu ini.

Jawatan lama beliau pula dipangku oleh Ketua Trafik Kuala Lumpur ACP Mohd Nadzri Hussain. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]HN4jcIKyii8[/wpdevart_youtube]

  • Lagi berita berkaitan:
  • tikam

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori