Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

PRU15: Norhizam Sedia Tanding...

MELAKA - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan...

Sultan Johor Pandu Sendiri...

KUALA LUMPUR - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, tiba di Stesen Kuala Lumpur...

Semak SOP Penggunaan Senjata...

KOTA BHARU - Jabatan Peguam Negara (JPN) akan merangka prosedur operasi standard (SOP)...

Jaringan Rooney Selamatkan England

LONDON - Wayne Rooney merakam aksi pertamanya sebagai kapten negaranya dengan menjaringkan gol...

Polis Muar Nafi Berlaku Kes Culik Babitkan 2 Beradik

MUAR – Polis daerah ini menafikan laporan berlakunya kes culik membabitkan dua beradik ketika sedang bermain di perkarangan rumah mereka di Jalan Junid di sini seperti yang disebarkan dalam media sosial ketika ini.

Ketua Polis Daerah Muar, ACP Azman Ayob berkata, sebaliknya kejadian sebenar ialah kanak-kanak lelaki dan perempuan yang masing-masing berusia lima dan enam tahun itu telah diambil oleh ibu kandung mereka sendiri.

“Ini bukan kes culik kerana apa yang berlaku semasa dua adik beradik tersebut bermain di halaman rumah datang sebuah kenderaan warna gelap di hadapan rumah mangsa, lalu keluar seorang perempuan berjubah hitam membawa dua kanak-kanak itu masuk ke dalam kereta berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini, Selasa.

Kejadian yang berlaku tengah hari Isnin menjadi viral hingga menimbulkan keresahan orang ramai setelah cerita mengenainya ditokok tambah dengan pelbagai spekulasi.

Sehubungan itu Azman berkata, siasatan mendapati tidak berlaku penculikan dan perkara itu adalah berkaitan masalah rumah tangga keluarga tersebut.


Katanya, dua beradik sebelum itu berada di bawah jagaan bapanya dan sebelum kejadian, ibu kandung mereka telah membuat laporan di Balai Polis Sungai Pelek, Sepang, Selangor untuk mengambil anak-anaknya.

Sehubungan itu, Azman meminta orang ramai agar menghentikan penyebaran kejadian berkenaan termasuk tidak lagi menyebarkan pelbagai perkara tidak benar kerana ia akan mengganggu siasatan.

Azman berkata, mereka yang mempunyai maklumat sepatutnya mempunyai tanggungjawab dengan tampil membantu siasatan serta memberi keterangan kepada pihak polis. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori