GEORGETOWN – Polis merampas 199 botol cecair vape bernilai RM12,000 yang disyaki mengandungi dadah dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Tanjong Tokong di sini, semalam.
Serbuan jam 5 petang itu dijalankan sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri hasil maklumat awam.
Bercakap pada sidang media di sini, pagi ini, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Superintendan Guan Beng Kiang, berkata semua 199 botol cecair vape pelbagai jenama itu dirampas untuk pemeriksaan lanjut.
Katanya, polis turut menahan seorang lelaki berusia 24 tahun untuk membantu siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952. – BHarian Online
[wpdevart_youtube]R5x1WfmMCAw[/wpdevart_youtube]