Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Mukhriz Terima Kunjungan Hormat...

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir hari...

Israel Negara Pertama Serang...

BAITULMAQDIS - Israel menjadi negara pertama menggunakan jet pejuang kalis radar F-35 buatan...

Kayu Selfie Diharamkan Di...

TOKYO - Warga Jepun suka bergambar, hinggakan telefon pintar, media sosial dan kayu...

LTdL 2018: Minali Catat...

PEKAN – Pelumba Astana pro Team, Riccardo Minali merangkul kemenangan peringkat kali kedua...

Polis Tahan Pemandu Bas Ekspres Terbabit Nahas Akibatkan 4 Maut

JELI – Polis menahan pemandu bas eksres yang terbabit dengan kemalangan sehingga mengakibatkan empat terbunuh di Lebuhraya Timur-Barat di sini, awal pagi Jumaat.

Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Superintendan Mohd Yusoff Jaafar berkata, pemandu berusia 26 tahun itu ditahan selama empat hari dan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam insiden pada pukul 1.30 pagi itu, bas ekspres dari Butterworth, Pulau Pinang ke Kuala Terengganu bergesel dengan sebuah treler di Km124, Lebuhraya Timur-Barat di Batu 14 di sini.

Penumpang yang maut dikenal pasti sebagai Hasiah Osman, 57, dan anaknya, Muhammad Amir Abdul Rahim, 16, berasal dari Kampung Alma, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Dua lagi dikenal pasti sebagai Nor Afiqah Alimi Mohd Ali, 19, dari Kampung Mengabang Lekar, Batu Rakit, Terengganu dan Mohd Syafiq Azrul Azmi, 25, dari Losong, Terengganu.


Seorang lagi penumpang bas cedera parah dan sedang dirawat di hospital besar di sini.

Mohd Yusoff berkata, berdasarkan siasatan awal, pemandu bas hilang kawalan menyebabkan kenderaan itu bertembung dengan sebuah treler. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori