Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Muafakat Nasional Kembalikan Kuasa...

KUALA LUMPUR - Penyatuan Ummah yang terjalin dengan Piagam Muafakat Nasional antara UMNO...

Myanmar Tarik Diri Sebelum...

KUALA LUMPUR : Skuad negara tidak perlu mengeluarkan peluh pada aksi pertama Kejuaraan...

Cadangan Wujudkan MRSM Berbayar...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) sedang mengkaji cadangan...

Zahid Ke SPRM Putrajaya...

PUTRAJAYA — Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan datang semula...

Polis Tumpaskan ‘Geng Mat Daud’ Diketuai Remaja 16 Tahun

LANGKAWI – Polis berjaya menumpaskan kumpulan curi dan pecah rumah ‘Geng Mat Daud’ di pulau peranginan ini dengan tertangkapnya ketua kumpulan itu yang berumur 16 tahun dan 10 anggotanya baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Langkawi Supt Dr Che Ghazali Che Awang berkata kumpulan itu dipercayai terlibat dalam 34 kes jenayah curi dan pecah rumah, kedai dan masjid di Langkawi.

Katanya remaja lelaki itu yang mempunyai 13 rekod jenayah berjaya ditahan pada 9 Dis lepas dan susulan itu 10 lagi anggota kumpulan itu berumur antara 16 dan 37 tahun ditahan di beberapa kawasan berasingan di sini.

“Berdasarkan soal siasat yang dijalankan, Geng Mat Daud ini telah terlibat di dalam lima kes kecurian motosikal dan 29 kes pecah masuk rumah, kedai dan masjid yang dilaporkan tahun ini,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.


Menurutnya sebanyak empat buah motosikal, kerangka dan komponen motosikal dan kereta serta beberapa barangan lain yang keseluruhannya dianggarkan bernilai lebih RM20,000 dipercayai hasil kegiatan jenayah kumpulan itu telah berjaya ditemukan.

“Ujian saringan awal dadah yang dijalankan mendapati tujuh orang daripada mereka positif dadah dan mereka kini direman untuk siasatan lanjut sebelum didakwa di mahkamah,” katanya. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]9gRmWJqz5G4[/wpdevart_youtube]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori