Pontianak dihukum penjara 10 tahun. Jangan terkejut tetapi dia adalah Thomas Gough, 20, yang mengaku dirinya adalah manusia jadian.
Dia dipenjarakan kerana telah mengelar tangan kawannya dengan pisau cukur sebelum minum darah lelaki berkenaan.
Thomas menggunakan helah dengan mengajak kawannya itu, Matthew Whitehurst ke biliknya kononnya untuk minum minuman keras tetapi kemudiannya mengunakan pisau untuk mencederakan tangan lelaki itu.
Dia kemudiannya menadah darah berkenaan ke dalam gelas sebelum minumnya dan memberi alasan terpaksa minum darah untuk hidup.
Kecederaan yang dialami oleh Matthew menyebabkan lelaki itu terpaksa menerima 10 jahitan.
“Kamu bertindak demikian akibat fantasi dan perlakuan kamu itu menunjukkan kami bersifat agresif.
“Dia kini mengalami trauma dan perbuatan itu amat menakutkannya. Kamu sering bercakap bahawa kamu perlukan darah untuk hidup dan kamu juga pontianak.
“Kamu sebenarnya menepati sebagai pesalah yang membahayakan,’’ kata hakim ketika menjatuhkan hukuman kepada Thomas.