Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Ahli Perniagaan China Bayar...

GEORGE TOWN - Seorang ahli perniagaan warga China memberitahu Mahkamah Tinggi di sini...

PRIHATIN: Apa Rakyat Bakal...

KUALA LUMPUR - Bermula hari ini rakyat Malaysia daripada pelbagai lapisan masyarakat yang...

Dua Atlet Angkat Berat...

SEPANG - Belum pun reda kes doping membabitkan 'ikon' sukan negara, dua atlet...

Agong Titah Rakyat Jangan...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini...

Presiden PAS Kecam G25 Tolak Hukum Allah Demi ‘Hak Asasi’

KUALA LUMPUR – Umat Islam perlu berwaspada dengan pihak di Malaysia yang menolak perkara halal dan haram atas konsep kebebasan dan hak asasi manusia.

Presiden dan Ulama PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, golongan itu tidak sedar kelemahan sifat manusia yang tidak tahu semuanya.

“Pengetahuan manusia hanya sekadar kemampuan diri dan akalnya sahaja. Masih terlalu banyak perkara mengenai dirinya sendiri dan makhluk disekelilingnya diluar kemampuan akal dan pancaindera.

“Islam membetulkan akidah kepercayaan kepada adanya Tuhan oleh semua manusia mengikut nalurinya, termasuk kalangan manusia asli dirimba dan paling jahil yang jauh sekali tahu membaca dan menulis, lebih jauh lagi daripada mengenal media baru yang sangat dibanggakan kini hasil kemajuan sains dan teknologi ini sehingga ditasbihkan laksana Tuhan yang disyirikkan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Abdul Hadi berkata, Allah S.W.T menetapkan sempadan naluri manusia bukan untuk menyekat kebebasan, tetapi mengawal kebebasan supaya tidak terkeluar daripada sempadan yang merosakkan jati diri dan masyarakat serta alam sekeliling.

Justeru, katanya, sangat mengejutkan apabila ada rakyat Malaysia yang sudah lama memeluk Islam mendesak supaya undang-undang terhadap maksiat dihapuskan atas nama hak asasi.


Kumpulan bekas penjawat awam, G25 sebelum ini antara lain mendesak kerajaan menghapuskan undang-undang berkaitan khalwat kerana ia menjejaskan hak asasi manusia.

Kumpulan G25 diketahui antara gerakan yang bekerjasama rapat dengan pertubuhan-pertubuhan anti kerajaan termasuk Bersih 2.0. - MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori