Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Saran Anggota Palapes Sertai...

ALOR SETAR - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyarankan agar...

Pemain Terbaik Asia Sedia...

KUALA LUMPUR – Kejohanan Golf Maybank bakal menjanjikan saingan sengit dengan kehadiran lapan...

Demi Islam Pemuda PAS...

KUANTAN – Pemuda PAS terbuka menjalinkan kerjasama dengan sesiapa sahaja yang memahami dan...

Jemaah Diingat Jaga Kesihatan,...

KUALA TERENGGANU - Bakal jemaah haji diingatkan supaya tidak terlalu terdedah kepada cuaca...

PTPTN Akan Jelaskan Isu Pemotongan Gaji Penjawat Awam Isnin Ini

KUALA LUMPUR – Satu sidang media khas dijangka diadakan Isnin ini oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) untuk menjelaskan berkenaan pemotongan gaji penjawat awam sehingga kadar maksimum bagi bayaran balik hutang pembiayaan PTPTN.

Bagaimanapun Pengerusi PTPTN Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, PTPTN akan membuat penjelasan tersebut setelah meneliti semua dasar, atau jika perlu satu kenyataan akhbar mengenainya akan dikeluarkan oleh pihak PTPTN.

“Kami (PTPTN) akan mengadakan sidang media mengenai ini pada Isnin depan atau saya akan bagi kenyataan media kalau tak sempat PC (sidang media), kerana ada beberapa dasar yang perlu diteliti,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Pada Selasa lepas, Kongres Kesatuan Pekerja- Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menegaskan akan menarik balik kebenaran terhadap agensi itu untuk membuat pemotongan gaji penjawat awam, sekiranya mereka masih melaksanakan pemotongan maksimum.

Presidennya Datuk Azih Muda juga melahirkan rasa kesal terhadap tindakan agensi itu serta menganggapnya sebagai tidak wajar kerana ia hanya akan membebankan kedudukan kewangan penjawat awam yang terbeban dengan kos sara hidup.


“Cuepacs juga mengingatkan, kami tidak akan teragak-agak untuk menarik balik keputusan benarkan penjawat awam potong gaji mereka untuk bayar PTPTN,” katanya.

Dalam pada itu, Azih turut mendedahkan hampir 3,000 penjawat awam telah dikenakan pemotongan gaji antara 30 peratus dan 100 peratus bagi pembayaran balik hutang tersebut.

“Sepatutnya buatlah pemotongan gaji mengikut kemampuan mereka. Potong RM100 sebulan hingga 10 tahun ke, ada slip gaji kakitangan awam yang tinggal sampai RM19, nak makan apa nanti? Gunakanlah kuasa sebaik-baiknya,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori