Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Penduduk Kampung Baru Tidak...

KUALA LUMPUR - Penduduk Kampung Baru di sini tidak menolak pembangunan di kawasan...

Thaipusam: Polis Selangor Jamin...

SHAH ALAM - Polis Selangor memberi jaminan tahap kawalan keselamatan tertinggi sepanjang sambutan...

Nidzam Pangku Jawatan Ketua...

ALOR SETAR – Penolong jurulatih Kedah, Mohd Nidzam Adzha Yusof hari ini dilantik...

ASEAN Perlu Laksana Sop...

LANGKAWI - ASEAN mesti melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) untuk mengurangkan perubahan iklim,...

Punca Kematian Michael Cavallari Kini Disiasat

BERIKUTAN penemuan mayat yang dipercayai milik Michael Cavallari, 30, yang merupakan abang kepada pelakon terkenal Kristin Cavallari, 28,  Khamis lepas di Utah, Salt Lake City, Amerika Syarikat, pihak pemeriksa perubatan Utah akan menjalankan siasatan dan penelitian bagi mengesahkan identiti mangsa dan punca kematiannya.

Baca: Abang Kristin Cavallari Ditemui Mati

Menerusi jurucakap Grand County Sheriff, Steven White berkata, keseluruhan proses pengecaman dan mengenal pasti mayat serta prosedur lain akan mengambil masa dua bulan ataupun lebih.

Sebelum Michael dilaporkan hilang beberapa hari lalu, pihak berkuasa sebelum itu telah menemui kereta Honda Civic tahun 2014 milik mangsa dalam keadaan enjinnya masih dihidupkan di kawasan 3 batu daripada mayatnya dijumpai.

michael-cavallari


Kereta milik mangsa ditemui pada 27 November lalu sehari selepas mangsa menyambut Hari Kesyukuran. Selain itu White berkata, pihaknya masih juga mencari lokasi sebenar yang ingin dituju oleh mangsa sebelum kematiannya.

Setakat ini, pihaknya tidak mendapat petunjuk dan menemui bukti yang menunjukkan kes ini disebabkan oleh sebarang unsur perbuatan jahat dan jenayah. – Sumber: ABC News/MYNEWSHUBCC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=oYJqwXPPP2w&w=560&h=315]

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori